JOSE Mourinho menyifatkan Paul Pogba gembira untuk kembali ke Manchester United susulan kejayaan dalam Piala Dunia walaupun wujud laporan mengaitkan pemain tengah itu dengan perpindahan ke Barcelona dan Juventus.
Pogba memainkan peranan penting dalam skuad bimbingan Didier Deschamps itu sepanjang di Russia dan pemain berusia 25 tahun itu kembali ke sesi latihan United, Isnin lalu, bagi melakukan persiapan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City, awal pagi esok.
Juara LaLiga, Barcelona, dilaporkan berminat untuk membawa Pogba ke Camp Nou tatkala jendela perpindahan masih dibuka sehingga 31 Ogos buat kebanyakan liga utama di Eropah sambil Juve turut menyimpan hasrat sama.
Bagaimanapun, Mourinho menegaskan United tidak bercadang untuk menjual Pogba, pemain yang mereka dapatkan pada 2016, sambil menambah pemain Perancis itu mungkin tidak akan beraksi bertemu Leicester di Old Trafford.
"Pandangan saya, dia tiba pada Isnin dengan bangga, gembira dan keinginan untuk bekerja," kata Mourinho.
"Dia bekerja dengan hebat pada Isnin, Selasa dan Rrabu. Pogba merupakan salah seorang pemain yang telah saya temui untuk melihat tahap fizikal dan mentalnya.
"Perbualan sama juga saya lalui bersama Ashley Young, Marouane Fellaini dan Jesse Lingard.
"Jika mereka rasa mampu membantu kami berdepan Leicester, mungkin 20 minit, 10 minit atau 30 minit. Kami tidak memiliki banyak penyelesaian dan mahu melakukan apa yang mampu.
"Saya melihat Pogba berada dalam keadaan baik tetapi kami memerlukan pendapat daripada kelompok kecil untuk melihat sama ada mereka mampu membantu. Kami harus cuba mendapatkan persembahan terbaik daripada setiap pemain," tambahnya.
Mourinho dilihat begitu kecewa dalam percubaan untuk meningkatkan kualiti pasukan menjelang musim baru apabila United gagal mendapatkan khidmat bek tengah baru, yang menyaksikan tawaran saat-saat akhir untuk pemain Atletico Madrid, Diego Godin, ditolak.
Astro Arena
Fri Aug 10 2018
Mourinho: "Pandangan saya, dia (Pogba) tiba pada Isnin dengan bangga, gembira dan keinginan untuk bekerja." - Gambar fail
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ashley Young ke Inter Milan
Pemain berusia 34 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan Manchester United dengan baki kontrak semasa beliau akan tamat akhir musim ini.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
100 kad merah: Lambang ketegasan Mike Dean
Mike Dean mencipta sejarah sebagai pengadil pertama melayangkan 100 kad merah di EPL.
Pogba gembira di Manchester United, dakwa Mourinho
Jose Mourinho menyifatkan Paul Pogba gembira untuk kembali ke Manchester United susulan kejayaan dalam Piala Dunia walaupun wujud laporan mengaitkan pemain tengah itu dengan perpindahan ke Barcelona.
Mourinho rasa bersalah terhadap Depay dan Young
Jose Mourinho mengakui kedua-dua pemain sayap itu tidak mendapat peluang sewajarnya untuk membukitkan kemampuan mereka.