NILAI: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyambut baik hasrat pelumba lebuh raya, Mohd Harrif Saleh yang bersedia untuk membantu memperkuat skuad trek jika khidmatnya diperlukan.
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata Mohd Harrif mempunyai potensi untuk membarisi skuad trek berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki pakar pecut berusia 34 tahun itu.
"Secara peribadi, saya melihat Harrif sebagai seorang pelumba luar biasa yang cukup berpengalaman, terutamanya dalam saingan lebuh raya. Ia dibuktikan apabila beliau memenangi perlumbaan jelajah di luar negara termasuk di Eropah.
"Beliau juga memenangi beberapa peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) selain meraih pingat emas Sukan SEA. Cuma buat masa ini sudah tentu beliau terikat dengan tugasannya bersama pasukan TSG (Terengganu Cycling Team)," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Mohd Harrif atau lebih dikenali sebagai Mamat, yang juga juara acara scratch Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2007, berkata walaupun tumpuan utamanya pada masa ini adalah dalam saingan lebuh raya bersama TSG, beliau tetap bersedia untuk membantu skuad trek sekiranya diperlukan.
Beliau meraih tempat kelapan daripada 15 pelumba bagi perlumbaan penyingkiran ACC 2023 di sini pada Khamis, ketika kembali beraksi dalam acara trek selepas 11 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2023

Mohd Harrif mempunyai potensi untuk membarisi skuad trek berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki pakar pecut berusia 34 tahun itu.- Fail/Sinar Harian

Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, pada 1 November tahun lalu.
KPKM menggalak menanam pelbagai jenis kelapa berhasil tinggi - Mohamad
Petani dasaran untuk menanam pelbagai jenis kelapa berhasil tinggi sejak 2021 untuk mengawal harga santan dan kelapa.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata antara intervensi penanaman semula pokok kelapa atau menggantikan pokok kelapa tua yang tidak produktif, pemulihan pokok kelapa untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sedia ada, petani diberi input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak termasuk penyediaan kawasan.
#AWANInews
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata antara intervensi penanaman semula pokok kelapa atau menggantikan pokok kelapa tua yang tidak produktif, pemulihan pokok kelapa untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti sedia ada, petani diberi input pertanian seperti anak benih, baja, racun perosak termasuk penyediaan kawasan.
#AWANInews

Pegawai Integriti SPRM digesa tambah baik tatakelola agensi
Pegawai SPRM di Unit Integriti digesa mengenal pasti kelemahan sistem dan prosedur temasuk undang-undang atau peraturan lapuk untuk ditambah baik.

FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah Piala Dunia Kelab
US$1 bilion diperuntukkan kepada pasukan bertanding, tambahan US$100 juta sebagai bayaran solidariti kepada kelab yang tidak layak.
Kita bekerjasama dengan dengan semua agensi termasuk SPRM - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan yang lebih terperinci akan dikenakan sekiranya terdapat pegawai yang terlibat dengan sisa e-waste. #AWANInews
Kita nak elakkan masalah alam sekitar - Nik Nazmi
Malaysia membenarkan kemasukan besi buruk untuk tujuan tertentu dan terdapat syarat yang dikenakan. Sisa e-waste yang tidak terancang dapat mencemarkan kesihatan rakyat tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
#AWANInews
#AWANInews

Sindiket penipuan tawaran kerja: 750 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Peruntukan RM1.5 juta: PKBM yakin ada sinar menanti skuad lebuh raya
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh KBS pada 2013.

Mazlan pangku jawatan presiden PKBM sehingga tempoh penggal 2026
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Mazlan Md Jail dipilih memangku jawatan presiden badan induk sukan itu.

Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.

Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.

'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.

PKBM sambut baik kesediaan Mamat bantu skuad trek
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyambut baik hasrat pelumba lebuh raya, Mohd Harrif Saleh yang bersedia untuk membantu memperkuat skuad trek jika khidmatnya diperlukan.

Bekas Timbalan Presiden PKBM Naim Mohamad meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia di Hospital UITM Puncak Alam dan perkhabaran itu dimaklumkan oleh anaknya, Athirah Naim dalam satu hantaran di laman Facebook.

Azizulhasni pejuang sejati
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia gesa semua pihak terus sokong The Pocket Rocketman.

Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.

Abu Samah kekal Presiden PKBM, KJ rebut jawatan Naib Presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.