KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Mazlan Md Jail dipilih memangku jawatan presiden badan induk sukan itu sehingga tamat tempoh penggal semasa pada tahun 2026.
Mazlan, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT), mengisi kekosongan ditinggalkan presiden sebelum ini, Datuk Abu Samah Abd Wahab, 82, yang meninggal dunia pada 28 Nov lepas.
Allahyarham mengekalkan kerusi disandangnya pada pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2023-2026 Februari lalu yang turut menyaksikan Mazlan diangkat sebagai timbalan presiden selepas menewaskan pencabarnya dari Negeri Sembilan, Yunus Ibrahim.
Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat khas Exco PKBM yang diadakan di Melaka, hari ini.
Sementara itu, naib presiden, Datuk Amarjit Singh Gill dipilih untuk memangku jawatan Timbalan Presiden PKBM dikosongkan Mazlan sehingga tamat tempoh penggal 2026.
"Semua jawatan lain yang disandang barisan Exco PKBM ketika ini masih kekal dengan status quo," menurut hantaran di laman Facebook rasmi Amarjit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Antara mereka yang hadir pada mesyuarat khas Exco PKBM yang diadakan di Melaka, hari ini.- Foto X Dato' Amarjit Singh Gill
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Peruntukan RM1.5 juta: PKBM yakin ada sinar menanti skuad lebuh raya
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh KBS pada 2013.

Mazlan pangku jawatan presiden PKBM sehingga tempoh penggal 2026
Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Mazlan Md Jail dipilih memangku jawatan presiden badan induk sukan itu.

Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.

Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.

'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.

PKBM sambut baik kesediaan Mamat bantu skuad trek
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyambut baik hasrat pelumba lebuh raya, Mohd Harrif Saleh yang bersedia untuk membantu memperkuat skuad trek jika khidmatnya diperlukan.

Bekas Timbalan Presiden PKBM Naim Mohamad meninggal dunia
Allahyarham meninggal dunia di Hospital UITM Puncak Alam dan perkhabaran itu dimaklumkan oleh anaknya, Athirah Naim dalam satu hantaran di laman Facebook.

Azizulhasni pejuang sejati
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia gesa semua pihak terus sokong The Pocket Rocketman.

Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.

Abu Samah kekal Presiden PKBM, KJ rebut jawatan Naib Presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.