AARHUS: Skuad Piala Uber Malaysia mungkin terpaksa turun tanpa barisan terbaik pada perlawanan pembukaan menentang tuan rumah Denmark pada Sabtu, berikutan pemain beregu utama Pearly Tan mengalami kecederaan bahu.
Pada sesi latihan di Ceres Arena di sini pada Jumaat, gandingannya M. Thinaah, 23, dilihat berlatih bersama-sama pemain senior yang juga kapten pasukan, Lee Meng Yean.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi latihan itu, Pearly, 21, berkata beliau mengalami kecederaan itu pada kempen Piala Sudirman di Vantaa, Finland baru-baru ini dan pemeriksaan dengan doktor setibanya di Denmark mendapati ada koyakan kecil pada bahu kanannya.
"Jadi, esok saya perlu mengesahkan dengan jurulatih dan ahli fisioterapi sama ada saya dapat bermain atau tidak. Walaupun saya teruja dan tidak sabar membuat penampilan sulung pada Piala Uber, saya tidak yakin 100 peratus adakah saya boleh bermain.
"Saya perlu berada dalam keadaan baik untuk membolehkan saya bermain dan berikan prestasi terbaik. Jika tidak sembuh sepenuhnya, saya tidak boleh mengambil risiko dan lebih baik ada pemain lain yang boleh beraksi lebih baik daripada saya," katanya.
Malaysia dijadualkan bertemu Denmark dalam perlawanan Kumpulan D pada 1.30 tengah hari (7.30 malam waktu Malaysia) hari ini, dengan Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-18 dunia, akan menentang pasangan nombor 16 dunia Sara Thygesen-Maiken Fruergaard buat kali pertama.
Meng Yean, 27, akan berpasangan dengan pemain muda Go Pei Kee, 19, pada kejohanan berpasukan wanita dunia itu selepas rakan gandingannya Chow Mei Kuan mengumumkan persaraan selepas penampilan di Olimpik Tokyo.
Sementara itu, Thinaah berkata walaupun tidak pasti dengan keputusan jurulatih mengenai barisan yang akan diturunkan, beliau percaya semua pemain dalam pasukan sudah bersedia dengan kempen Piala Uber dan beliau sendiri bersedia menggalas cabaran.
"Saya cukup teruja dan bersedia dengan cabaran penampilan pertama dalam Piala Sudirman dan Uber pada tahun yang sama. Dapat bermain menentang ramai pemain utama dunia, saya rasa ia pengalaman yang bagus buat kami, tapi banyak lagi yang perlu dipelajari, kami masih belajar dan harap dapat perbaiki lagi," katanya.
Bagi pemain termuda pasukan, Siti Nurshuhaini Azman, 17, usia dan saiz badan bukanlah satu masalah malah beliau sangat teruja untuk mempamerkan kemampuannya jika diberi peluang beraksi.
Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata selepas dua hari menjalani sesi latihan di dewan pertandingan, para pemain telah menyesuaikan diri dengan venue dan bersedia untuk menghadapi saingan.
"Perlawanan esok (Sabtu) memang sangat penting, kita harus mencari kemenangan walaupun secara umumnya rata-rata pemain Denmark menduduki ranking lebih tinggi. Macam mana pun, pasukan kita akan cukup bersemangat untuk pamerkan aksi terbaik mereka.
"Mungkin pemain muda kita akan mengalami sedikit cemas dan risau, itu adalah biasa... Kita selalu mengajar mereka untuk berani menghadapi situasi begini, memberanikan diri dan sentiasa fokus terhadap perlawanan, teknikal dan taktikal," katanya.
Malaysia diketuai pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 S. Kisona selaku pemain perseorangan wanita utama negara dengan Eoon Qi Xuan, K Letshanaa dan Siti Nurshuhaini yang bersedia diturunkan selaku perseorangan kedua dan ketiga serta Yap Ling-Teoh Mei Xing, satu lagi beregu dalam pasukan.
Pencapaian terbaik skuad wanita negara pada saingan Piala Uber adalah layak ke suku akhir pada edisi 2008 dan 2010, manakala Denmark pada 21 tahun lepas apabila mereka meraih pingat perak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Malaysia dijadualkan bertemu Denmark dalam perlawanan Kumpulan D pada 1.30 tengah hari (7.30 malam waktu Malaysia) hari ini. - Foto fail/Facebook/@BAMalaysia

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.