KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sama sekali tidak menyangka pasukan badminton kebangsaan mampu melangkah sehingga ke separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.
Selaku kapten pasukan negara pada kejohanan itu, Zii Jia berkata pencapaian skuad negara melepasi sasaran awal diletakkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk ke suku akhir sebelum ini, dengan mara ke separuh akhir merupakan sesuatu yang amat membanggakan.
"Saya sangat gembira terutamanya ketika menang ke atas Indonesia pada suku akhir. Saya rasa tiada siapa yang tewas di sini, semua pemenang," katanya dalam satu rakaman audio dikongsi kepada media semalam.
Pemain kelahiran Kedah berusia 23 tahun itu juga kagum dengan semangat juang tinggi dipamerkan pemain perseorangan wanita, S Kisona dan beregu muda wanita, Pearly Tan-M Thinaah sehingga mengheret perlawanan ke set penentuan ketika bertemu lawan masing-masing pada suku akhir menentang Indonesia.
Walaupun Kisona tewas kepada pemain ranking ke-21 dunia Gregoria Mariska Tunjung, 22-20, 18-21, 21-19, manakala Pearl-Thinaah pula ditundukkan kepada juara Sukan Olimpik Tokyo, Greysia Polii-Apriyani Rahayu 22-20, 17-21, 21-18, Zii Jia menyifatkan corak permainanan ditampilkan ketiga-tiga pemain itu amat luar biasa.
Skuad negara menang 3-2 ke atas Indonesia, namun tidak berupaya menyekat kemaraan Jepun yang menundukkan mereka 3-1 untuk mara ke peringkat akhir bertemu juara bertahan, China, pada Ahad.
Mengulas mengenai kemenangan 22-20, 21-19 ke atas pemain Jepun, Kento Momota di separuh akhir semalam, Zii Jia teruja dapat membalas dendam kekalahan pertamanya di tangan pemain nombor satu dunia itu pada aksi terakhir Kumpulan D, Khamis lepas dengan 18-21, 10-21.
Beliau berkata strategi direncanakan jurulatih, Hendrawan yang mahu beliau lebih banyak menyerang berbanding bertahan ternyata membuahkan hasil sehingga menyaksikannya melakar kemenangan kedua ke atas Momota tahun ini, selepas menewaskannya pada peringkat suku akhir di kejuaraan All England 2021.
Zii Jia menumpaskan Momota 21-16, 21-19, sebelum bergelar juara buat kali pertama pada kejohanan badminton tertua itu di Birmingham, Mac lepas.
Pemain nombor lapan dunia itu juga berharap agar kesemua pemain tidak bersedih di atas kegagalan menewaskan Jepun semalam dan mahu mereka menggunakan pengalaman berguna diraih di Finland untuk mencatat lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Sementara itu, pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia berpuas hati dengan kejayaan rakan sepasukan mengulangi pencapaian terbaik pada Piala Sudirman yang pernah dilakar skuad negara di Guangzhou, China pada 2009.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo bersama gandingannya, Soh Wooi Yik itu juga berharap agar pasukan sedia ada dikekalkan dan seterusnya cuba berusaha mencatat kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.
Malaysia membuka tirai kempen Piala Sudirman 2021 apabila menang tipis 3-2 ke atas England pada 27 Sept sebelum membelasah Mesir 5-0 sehari kemudian untuk mengesahkan slot ke suku akhir walaupun tewas 1-4 kepada Jepun dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.
Cabaran skuad Malaysia akan diteruskan dengan penampilan di Piala Thomas dan Uber di Aarhus, Denmark yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 17 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sama sekali tidak menyangka pasukan badminton kebangsaan mampu melangkah sehingga ke separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Piala Sudirman: Malaysia perlu perseorangan wanita lebih berwibawa - Rexy
Kegagalan memiliki pesona tersendiri dalam saingan perseorangan wanita masih menghantui skuad negara di peringkat antarabangsa.

Piala Sudirman: Malaysia terkandas di separuh akhir
Ia sekali gus menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati hanya menyamai pencapaian yang dilakukan pada 2009 dan 2021.

Piala Sudirman: Malaysia mara ke separuh akhir
Pasukan badminton negara terus memberi berita gembira kepada peminat di tanah air, selepas menundukkan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir kejohanan Piala Sudirman 2023.

Zii Jia harap terus konsisten
Menurutnya, kejayaan menewaskan Chou Tien Chen dalam aksi Kumpulan C sememangnya memberikan semangat berganda buatnya.

Piala Sudirman: Atasi India, Malaysia lolos ke peringkat kalah mati
Malaysia berjaya mara ke pusingan berikutannya selepas mencatatkan kemenangan kedua Kumpulan C ke atas India, sebentar tadi.

Piala Sudirman: Skuad negara bermula cemerlang, benam Australia 5-0
Malaysia memulakan kempen kejohanan badminton Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China dengan langkah kanan apabila menewaskan Australia 5-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, hari ini.

Pearly kian pulih, sedia beraksi pada Piala Sudirman - Jones
Pemain beregu wanita negara Pearly Tan kian beransur pulih sekali gus sedia beraksi bersama gandingannya M Thinaah pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.

Cabaran getir buat skuad badminton negara dalam Piala Sudirman
Malaysia dijangka berdepan laluan sukar pada Kejohanan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou, China.

Piala Sudirman: Skuad negara mungkin dirombak - Choong Hann
Prestasi pemain badminton negara akan dinilai semula menerusi beberapa siri kejohanan Jelajah Dunia BWF.

Masih terlalu awal letak sasaran buat skuad badminton di Kemboja
Setakat ini, 38 pemain muda berada dalam senarai BAM, namun hanya 10 pemain lelaki dan 10 pemain wanita akan dipilih.