KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022, semalam.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan JDT.
Perkara itu dizahirkan menerusi catatan di Facebook Istana Negara, hari ini.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Selangor yang muncul naib juara Piala Malaysia 2022.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada pasukan bola sepak JDT dan Selangor FC, serta mendoakan kedua-dua pasukan tersebut dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan," menurut catatan itu.
JDT mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejayaan treble buat julung kalinya selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022 dengan menewaskan Selangor FC 2-1 pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Gelaran juara Piala Malaysia ketiga diraih JDT sejak penubuhannya pada 2013 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu, menyapu bersih trofi yang dipertandingkan tahun ini, susulan pencapaian memenangi saingan Piala FA dan Liga Super, selain meraih Piala Sumbangsih sebelum musim ini bermula.
Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya mengulangi pencapaian memenangi Piala Malaysia pada 2017 dan 2019, sekali gus mengubati kekecewaan tewas di pentas final musim lepas kepada Kuala Lumpur (KL) City FC.
Sementara itu, Selangor terus kempunan merangkul sebarang gelaran juara dalam tempoh tujuh tahun selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 27 2022
JDT mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kejayaan treble buat julung kalinya selepas menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2022. - Gambar/ FB Istana Negara
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman
Dua suspek terbabit dibawa menggunakan kenderaan polis sebelum tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.
Pempengaruh TikTok buat aksi 'drift' ditahan, kena reman
Mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh di TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
AWANI Ringkas: Mangsa lemas banjir di Kedah ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cadangan Malaysia wajar sebelum keadaan lebih kritikal
Cadangan Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangi Islamofobia, dilihat sangat wajar sebelum berlaku keadaan yang lebih kritikal.
Angka korban serangan Israel di Lubnan terus meningkat - Kementerian Kesihatan
Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 195 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan negara itu.
Washington sekali lagi gesa gencatan senjata dipersetujui
Presiden Joe Biden turut diminta memberi reaksi segera kepada tindakan sekutunya di Asia Barat selepas kegansan Israel membawa kepada pembunuhan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah pada Sabtu.
Hassan terbunuh, Presiden Israel ucap tahniah
Presiden Israel, Isaac Herzog mengucapkan tahniah kepada kabinet dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas keputusan melaksanakan operasi yang menyebabkan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah Terbunuh.
Serangan di sempadan berterusan, Israel-Hezbollah berbalas tembakan
Pertempuran terus sengit di antara tentera Israel-Hezbollah yang saling berbalas tembakan di sempadan, hari kedua serangan berskala besar rejim ke atas Beirut yang membunuh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Kematian Hassan Nasrallah, Lubnan berkabung 3 hari
Setakat ini Hezbollah belum mengumumkan hari pengebumian Allahyarham Hassan.
Hajiji imbau cabaran, kejayaan empat tahun bergelar Ketua Menteri
Genap empat tahun yang lalu saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16, Datuk Seri Hajiji Noor mengimbau cabaran getir yang dilaluinya ketika mula mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan Sabah dan pembaharuan yang diperkenalkannya seiring hala tuju Sabah maju Jaya.
Nelson Bonilla penyerang terbaharu TFC
Pengumuman itu menamatkan khabar angin bahawa Sang Penyu akan mengikat penyerang kelahiran Croatia, Anton Maglica.
Impian terakhir Muslim Ahmad
BEKAS pemain kebangsaan, Muslim Ahmad menafikan sudah bersara daripada bola sepak selepas dia dilihat aktif dalam sukan Muay Thai.
Spekulasi perpindahan: Kapten skuad B-23 Kyrgyzstan dalam radar dua pasukan Liga Super?
Dua pasukan Liga Super dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan kapten skuad B-23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.
Rahsia 10 tahun kejayaan JDT
Antara elemen penting ialah sikap profesional dan kemudahan yang dimiliki JDT serta sokongan komuniti dan peminat.
Pelukan, ciuman terakhir suami sebelum meninggal dunia ketika final Piala Malaysia
Nor Asiah berkata dia dan suaminya, serta anak mereka, duduk berasingan ketika perlawanan bola sepak itu berlangsung.
Tidak dilayangkan kad merah, Amat percaya pengadil buat keputusan tepat
Kapten JDT Jordi Amat percaya pengadil membuat keputusan yang tepat dengan tidak mengeluarkannya daripada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.
Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak
Keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang'.
Operasi LRT Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 1 pagi Jumaat ini
Ia bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC.
Stadium Nasional 90 peratus sedia untuk final Piala Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil sudah 90 peratus bersedia untuk menganjurkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada Jumaat ini.
'Nampaknya formula anda berkesan' - TMJ
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menimbulkan tanda tanya menjelang final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC, Jumaat ini.