PAUL Pogba akan menjadi taruhan Ralf Rangnick buat kali pertama dalam perlawanan Piala FA awal pagi esok selepas pemain tengah Manchester itu disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Pogba tidak pernah beraksi sejak November lalu gara-gara kecederaan kelangkang yang dialaminya sewaktu sesi latihan bersama skuad kebangsaan Perancis.
Walaupun United tidak menetapkan tempoh pemulihan pemain itu, mereka pada bulan lalu menjangkakan Pogba perlu berehat sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi.
Pogba, yang kontraknya bersama United akan tamat pada penghujung musim ini, menjalani pemulihan di Dubai -- satu keputusan yang dipersoalkan Rangnick secara terbuka.
Di sebalik pertikaian itu dan masa depan Pogba yang masih kabur bersama kelab berkenaan, Rangnick kelihatan sudah bersedia untuk menurunkan pemain tengah itu beraksi dalam perlawanan Piala FA menentang Middlesbrough awal pagi esok.
"Benar, Paul akan berada bersama pasukan, dia mungkin akan berada dalam kesebelasan utama," kata Rangnick kepada wartawan.
"Masih ada beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan: Edi Cavani hanya dapat kembali beraksi hujung minggu ini.
"Dia menghubungi saya minggu lalu dan bertanyakan sama ada dia boleh berehat selama beberapa hari lagi di rumah dan saya membenarkannya kerana saya sedar dia tidak boleh beraksi dalam kesebelasan utama (menentang Boro) dengan kepenatan selepas penerbangan dan hanya dapat kembali hari ini atau malam tadi, jadi dia tidak akan bersama pasukan ini.
"Victor Lindelof tidak sihat sepanjang minggu ini dan tidak berlatih, jadi dia juga tidak dapat diturunkan, sama seperti Jesse Lingard (tidak menyertai latihan). Dia meminta untuk bercuti selama beberapa hari untuk menenangkan mindanya, jadi dia akan kembali berlatih pada Isnin ini dan menjadi pemain utama pasukan ini sekali lagi.
"Eric Bailly kembali ke sini semalam dan mengalami kecedeaan bengkak buku lalu dan tidak akan terlibat dengan skuad ini tetapi pemain lain semua boleh diturunkan," katanya.
Astro Arena
Fri Feb 04 2022
Pogba tidak pernah beraksi sejak November lalu gara-gara kecederaan kelangkang yang dialaminya sewaktu sesi latihan bersama skuad kebangsaan Perancis. - Gambar fail
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalahatas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Ringgit dibuka pada 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Niaga SPOTLIGHT: GLC, GLIC Investments - Transparency and Accountability
Malaysia’s GLICs hold combined AUM valued at over RM1.8 trillion, roughly the size of Malaysia’s nominal GDP
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
United kembali bertaring di Liga Europa
Diallo meledak kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 selepas The Red Devils hanya seri dalam tiga perlawanan awal Liga Europa musim ini.
Penyokong United kena realistik
Amorim mengendalikan perlawanan terakhirnya sebagai ketua jurulatih Sporting di laman sendiri pada awal pagi Rabu.
Caicedo bantu Chelsea ikat United di Old Trafford
Chelsea kini berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
Terima kasih Man United, saya harap anda berjaya - Erik ten Hag
Ten Hag, yang memenangi dua trofi dalam beberapa musim di United, mengucapkan terima kasih kepada penyokong.
Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.
Van Nistelrooy dedah Ten Hag sedih, terluka dipecat United
RUUD van Nistelrooy telah mendedahkan reaksi Erik ten Hag selepas pengendali kelahiran Belanda itu dipecat oleh Manchester United.
Harap bersabar, segalanya akan dijelaskan kelak - Ruben Amorim
Amorim pantas muncul sebagai sasaran utama United, walaupun mereka terpaksa berunding dengan Sporting mengenai bayaran pampasan.
Ruben Amorim ganti Ten Hag di Manchester United
The Red Devils dijangka bayar klausa pelepasan 10 juta pound (RM47.32 juta) untuk mendapatkan Ketua jurulatih Sporting CP itu.
Peminat Red Devils Malaysia gembira dengan pemecatan Ten Hag
Raf berkata, ia wajar susulan prestasi buruk kelab itu terperosok di tangga ke-14 dengan hanya tiga kemenangan selepas sembilan perlawanan.
United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag
Ten Hag mempunyai baki 21 bulan dalam kontrak lanjutan United dan telah dilaporkan beliau memperoleh 9 juta pound (RM50 juta) setahun.