KUALA LUMPUR: Barisan pemain Terengganu FC bakal mengharungi detik permulaan sukar dalam pusingan pertama saingan Piala FA 2022 apabila diundi berdepan juara Liga Premier 2021 Negeri Sembilan FC.
Ketua jurulatih Nafuzi Zain yang mengemudi pasukan di pentas Piala FA buat kali pertama sejak membimbingan pasukan Pantai Timur itu pada 2019 bagaimanapun optimis anak buahnya mampu mengatasi skuad Hobin Jang Hobin dalam perlawanan berlangsung Mac depan.
"Kami akan bertemu pasukan kuat di pusingan pertama jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Super lain. Jadi, yang penting adalah pasukan perlu melepasi pusingan pertama ini terlebih dahulu sebelum kita mahu fikir lebih jauh dalam saingan ini.
"Sudah dua musim kejohanan Piala FA dibatalkan, jadi ini tugas pertama saya untuk pasukan, dan kalau bercakap mengenai tekanan, biasalah dalam undian macam-macam boleh berlaku, dan kita perlu fokus untuk pusingan ini terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada Khamis.
Pertembungan Terengganu dan Negeri Sembilan menjadi satu-satunya perlawanan melibatkan pasukan Liga Super untuk pusingan pertama dan dijangka menjadi pertembungan menarik dalam perebutan ke pusingan seterusnya.
Sebagai rekod, saingan Piala FA yang diperkenalkan sejak 1990 terpaksa dibatalkan pada 2020 dan 2021 susulan penularan pandemik COVID-19.
Sementara itu, pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee tidak memandang rendah terhadap lawan mereka Respect FC meskipun kelab itu bermain dalam saingan Liga M3.
Beliau mahu pasukan bimbingannya meningkatkan usaha kerana dalam beberapa perlawanan persahabatan menjelang saingan Liga Malaysia 2022 baru-baru ini, mereka menampilkan prestasi kurang memuaskan.
"Kita tidak boleh ambil mudah dalam setiap perlawanan sebab sebelum ini dalam perlawanan persahabatan pun, kita tidak menunjukkan prestasi yang begitu baik. Jadi, berdepan kelab dari Liga M3 pun adalah sukar dan kita kena bersiap sedia untuk cuba mengharungi pusingan pertama dengan baik," katanya.
Sehubungan itu, bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu berharap mampu membawa Sabah sejauh yang boleh dalam kempen Piala FA selain mengekalkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super.
Saingan Piala FA akan membuka tirai dengan aksi pusingan kelayakan membabitkan dua perlawanan masing-masing antara BRM FC menentang Tun Razak City FC, serta Bukit Tambun FC melawan Imigresen FC yang dijadual pada 6 Mac ini, diikuti aksi pusingan pertama dari 11 hingga 13 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022

Nafuzi berkata pasukannya akan bertemu pasukan kuat di pusingan pertama jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Super lain. - Facebook/footballclubterengganu
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.