SEPANG: Skuad E-Rimau menyasarkan untuk mara ke peringkat 16 terbaik pada saingan bola sepak elektronik Piala E-Asia AFC 2023, yang julung kali diadakan bermula 1-5 Feb ini di Doha Festival City Mall, Doha, Qatar.
Jurulatih skuad E-Rimau negara, Shaharil Shaifuddin Shaharuddin berkata sasaran itu dianggap realistik berdasarkan prestasi semasa skuad negara ketika menyertai kem latihan pusat.
"Keputusan aksi persahabatan kita agak baik ketika kem latihan yang dijalankan sebelum ini, menentang India dan Vietnam, kedua-duanya kita menang.
"Jadi kita lihat keputusan ini bagi sedikit harapan untuk kita pergi jauh. Untuk permulaan, kita sasar untuk melepasi peringkat kumpulan dulu kemudian barulah kita fokus peringkat-peringkat seterusnya," katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini, sebelum berlepas ke Doha untuk menyertai kejohanan berkenaan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia sempena Piala Asia 2023 yang sedang berlangsung di Qatar.
Mengulas lanjut, Shaharil Shaifuddin berkata Jordan merupakan pencabar utama bagi anak-anak buahnya pada saingan peringkat kumpulan, namun beliau tidak mahu memandang rendah keupayaan Korea Selatan dan Bahrain.
"Jordan mungkin akan jadi pencabar terkuat kerana mereka mempunyai pemain yang berstatus juara dunia tahun lalu. Tetapi kita sentiasa positif sebab format permainan adalah 2 vs 2 dan bukannya bergantung hanya kepada seorang individu, jadi peluang itu terbuka untuk mana-mana pasukan," katanya.
Sementara itu, pemain negara Mohamad Nor Haikal Mohamad Noh optimis keputusan positif mampu dicapai bersama pasangannya Muhamad Khairul Abdul Aziz memandangkan mereka sudah lebih lima tahun digandingkan.
"Saya rasa keserasian kami sudah cukup matang malah baru-baru ini dalam aksi persahabatan juga kami berjaya menang. Saya harap momentum ini dapat diteruskan supaya dapat pergi ke peringkat yang lebih jauh," katanya.
Malaysia bakal membuka tirai kempen berdepan Jordan pada 1 Feb dengan perlawanan akan berlangsung dengan format timbal balik, sebelum menamatkan aksi kumpulan E bertemu Bahrain dan Korea Selatan pada 2 Feb.
Mengikut format kejohanan, dua pasukan teratas dari kesemua enam kumpulan, bersama empat pasukan terbaik tempat ketiga akan mara ke peringkat kalah mati untuk bersaing bagi merebut kejuaraan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Skuad FAM eRimau di KLIA, Sepang sebelum berlepas ke Doha, Qatar bagi menghadapi AFC eAsian Cup bermula 1 hingga 5 Februari 2024. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Jalan Lama KL-Bentong ketika mendarat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter di tapak pendaratan berhampiran Bentong, Pahang, pada jam 10.26 pagi Khamis.
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
Piala E-Asia: E-Rimau sasar lolos ke peringkat kalah mati
Sasaran itu dianggap realistik berdasarkan prestasi semasa skuad negara ketika menyertai kem latihan pusat.