Berdasarkan rekod, kedua-dua pasukan, Argentina dan Iran pernah bertemu pada perlawanan persahabatan tahun 1977. Bagaimanapun pertemuan tersebut berakhir dengan keputusan seri satu.
Perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2014 di antara kedua pasukan itu yang dijadualkan bermula pada jam 12 tengah malam, bakal menyaksikan Argentina lebih menumpu kepada pendekatan taktikal dan serangan.
Peluang untuk pasukan itu mara ke peringkat seterusnya adalah tinggi meskipun Iran mempunyai benteng pertahanan yang agak kuat.
Gandingan antara Lionel Messi dan Gonzalo Higuain bakal memberi impak kepada keputusan perlawanan malam ini yang kemungkinan besar akan memihak kepada kemenangan Argentina.
Bagi perlawanan Kumpulan G di antara Jerman dan Ghana pula, tentunya pasukan pilihan iaitu Jerman tidak akan memberi belas kasihan kepada lawannya.
Pasukan Die Mannschaft ini dikatakan serba lengkap dengan sistem serangan dan benteng pertahanan yang mantap. Ini dibuktikan dengan perlawanan pembukaan mereka di mana, Jerman membelasah Portugal 4-0.
Dalam perlawanan yang dijadualkan jam 3 pagi nanti, kemungkinan besar pasukan tersebut akan mengulangi prestasinya seperti mana yang dilakukan terhadap Portugal.
Bagi Ghana pula, meskipun Jerman dianggap sebagai ‘favourite’, tidak terkejut jika pasukan dari Afrika itu akan memberi tentangan yang hebat.
Kapten pasukannya, Asamoah Gyan baru-baru ini telah menyeru rakan sepasukannya memperbaiki tumpuan serta prestasi permainan, lebih-lebih lagi setelah tewas kepada Amerika Syarikat, 1-2.
Sementara itu satu lagi perlawanan Kumpulan F, iaitu di antara Nigeria dan Bosnia, pasukan Bosnia akui mereka lebih yakin untuk berhadapan dengan Nigeria, 6 pagi nanti.
Jurulatihnya, Safet Susic menyatakan keyakinan bahawa pasukannya akan memberikan aksi yang lebih baik pada perlawanan dengan negara dari Afrika itu nanti.
Haider Yutim
Sat Jun 21 2014
Lionel Messi dilihat bakal beri impak kepada keputusan perlawanan Argentina menentang Iran malam ini.
Israel lakukan pembersihan etnik di Gaza - MSF
Menerusi hantaran di X, Lazzarini menyifatkan Gaza sebagai perangkap maut dan medan pembunuhan.
AWANI Pagi: Pemandu mabuk: Akibat lalai, nyawa melayang
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Profesor Madya Dr. Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia, yang akan mengupas punca utama pemandu mabuk, keberkesanan undang-undang sedia ada, dan langkah-langkah penyelesaian untuk mengakhiri ancaman ini di jalan raya.
Wyndham Garden, WynSports perkukuh kerjasama I-Berhad dengan Wyndham Hotels & Resorts
Pelancaran Wyndham Garden & WynSports memenuhi permintaan pelancong yang ingin menggabungkan keselesaan dan keseronokan dalam satu lokasi.
Amnesty desak EU hentikan genosid di Gaza
Seruan berkenaan disampaikan dalam 24 bahasa negara-negara anggota EU di ibu pejabat Suruhanjaya Eropah, Brussels.
Pasar Krismas dibuka di Damsyik
Menyelang sambutan Krismas tidak lama lagi, sebuah pasar dikelilin dibuka di Damsyik pada Khamis, sepuluh hari selepas kejatuhan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Britain umum bantuan ketenteraan RM1.27 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound untuk Ukraine pada tahun depan, termasuk bantuan dron, bot, dan sistem pertahanan udara.
Israel tonggak kestabilan serantau - Menteri Luar Israel
Menteri Luar Israel, Gideon Saar pada Khamis mengatakan Israel merupakan tonggak kekuatan dan kestabilan di wilayah yang bergolak dan akan terus kekal berperanan sedemikian.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata Israel akan terus mempertahankan warganya daripada sebarang ancaman, sama ada dari jarak dekat atau jauh.
Menerusi hantaran di X, beliau berkata Israel akan terus mempertahankan warganya daripada sebarang ancaman, sama ada dari jarak dekat atau jauh.
TH mula buka rayuan jemaah untuk tunai haji bagi tahun 1446H/2025M
Bermula 19 Disember 2024, Lembaga Tabung Haji (TH) membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI. Proses rayuan akan berlanjutan sehingga 31 Januari 2025.
Dewan Negara lulus lima lagi RUU termasuk undang-undang Islam
Antaranya RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 di bawah Jabatan Perdana Menteri serta RUU Perkongsian Data 2024 di bawah Kementerian Digital.
Britain umum bantuan ketenteraan RM1.31 bilion ke Ukraine
Britain mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai 225 juta pound (RM1.31 bilion) untuk Ukraine pada tahun hadapan, termasuk dron, bot, dan sistem pertahanan udara.
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.
42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.
Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.
Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.