KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2 pada aksi Kumpulan B di Taldykorgan, Kazakhstan, hari ini.
Tonggak pertahanan Muhammad Najmi Farizal Jazlan mencuri tumpuan apabila meledak hatrik dengan meletakkan Malaysia di depan seawal minit diikuti jaringan kedua peribadi pada minit ke-24, kedua-duanya menerusi gol padang dan seterusnya melengkapkan koleksi jaringan dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-31.
Penyerang Abdul Khaliq Hamirin dan pemain pertahanan Muhammad Aminuddin Mohd Zain pula menyumbat dua gol masing-masing pada minit ke-12 dan ke-34 serta minit ke-19 dan ke-27.
Tiga lagi gol skuad kendalian Mohd Rodzhanizam Mat Radzi disumbangkan pemain tengah Muhamad Izham Azhar menerusi jaringan pukulan sudut penalti (ke-17'), jaringan padang Muhammad Ashran Hamsani (ke-25') dan Faridzul Afiq Mohd melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol padang (ke-33').
Dua gol Oman pula dihasilkan Asama Barazahan yang meledak jaringan padang (ke-18') manakala Rashad Al Fazari memanfaatkan pukulan sudut penalti bagi menyumbat gol terakhir perlawanan (ke-37').
Biarpun menjaringkan 10 gol menentang Oman namun Rodzhanizam mengakui masih terdapat kesilapan dilakukan anak buahnya dan berharap agar barisan kejurulatihan dapat membantu pasukan memperbaiki masalah tersebut dalam mencari kemenangan kedua menentang tuan rumah esok.
"Pertemuan dengan tuan rumah, Kazakhstan esok pastinya satu perlawanan yang bukan mudah kerana mereka pasukan yang kuat.
"Pengurusan dan barisan kejurulatihan juga berharap pemain dapat bermain dengan baik dan memberikan tentangan yang hebat kepada lawan," katanya dalam satu kenyataan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.
Selepas Kazakhstan, Malaysia bakal meneruskan saingan kumpulan dengan menentang juara Sukan SEA 2023 Indonesia, juga dijadual berlangsung esok.
Di pusingan kedua, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan diletakkan dalam Kumpulan C manakala baki pasukan lain akan diletakkan dalam Kumpulan D.
Dua pasukan teratas dalam Kumpulan C bukan sahaja layak beraksi di pentas final malah layak secara automatik ke Piala Dunia 2025.
Malaysia mencipta sejarah pada edisi 2022 di Bangkok apabila merangkul kejuaraan sulung Piala Asia dengan menumpaskan juara lapan kali Iran, 3-2, menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam masa sebenar perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Selain Kazakhstan, Malaysia juga bakal meneruskan saingan kumpulan dengan menentang Indonesia, yang dijadual berlangsung esok. - Foto MHC
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.