PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan sasaran rasmi Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan, sebaik mengesahkan barisan akhir skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan tersebut.
Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman, berkata sebelum ini memang terdapat percanggahan sasaran antara Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Mei lepas yang mahu skuad negara pulang dengan satu mata berbanding ketua jurulatih Kim Pan Gon yang meletakkan sasaran ke pusingan 16 Piala Asia 2023, baru-baru ini.
"Sudah pasti setiap jurulatih mahukan yang terbaik dengan letak sasaran tinggi namun kami akan ulas sasaran selepas pengumuman pemain nanti," katanya pada sidang media selepas Kongres FAM kali ke-59 di sini, hari ini.
Malaysia, yang bakal membuat penampilan pertama dalam Piala Asia sejak edisi 2007, diundi dalam Kumpulan E bersama juara dua kali Korea Selatan, Jordan dan Bahrain di Qatar.
Johan dan naib johan kumpulan, termasuk empat pasukan terbaik di tempat ketiga layak ke peringkat kalah mati.
Pasukan negara tidak pernah melepasi peringkat kumpulan dalam ketiga-tiga penampilan di Piala Asia, iaitu di Iran pada 1976, Kuwait (1980) dan ketika menjadi penganjur bersama pada 2007.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan kongres bersetuju membuat pindaan statut bahawa ahli eksekutif hanya boleh menyandang jawatan maksimum selama tiga penggal manakala dua perwakilan daripada setiap persatuan negeri hanya boleh menghantar satu undi sahaja.
"Perubahan besar dibuat selaras dengan hasrat Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang mahu persatuan ubah statut (undian)," katanya.
Mohd Yusoff juga mengumumkan lanjutan kerjasama antara FAM dan Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk tempoh tiga lagi tahun bermula Januari 2024-Disember 2026 susulan perjanjian tiga tahun sebelum ini bakal berakhir pada 31 Dis ini.
Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell berpendapat adalah lebih baik untuk badan induk itu mengendalikan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi memantau perkembangan barisan pemain muda negara.
Saranan itu dilontarkan susulan prestasi hambar skuad Bawah 17 tahun (B-17) negara dalam saingan Piala Asia B-17 apabila gagal melepasi peringkat kumpulan serta sasaran empat pasukan terbaik pada saingan tersebut di Bangkok, bulan lalu.
Malaysia menduduki tempat ketiga dengan tiga mata dalam Kumpulan A di belakang Thailand dan Yaman manakala Laos menamatkan cabaran di tempat terakhir.
"Adalah tidak masuk akal badan induk kebangsaan di Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas pembangunan pemain.
"Ia bukan kritikan kepada program NFDP tetapi selain prestasi skuad kebangsaan, FAM juga harus bertanggungjawab terhadap pembangunan pemain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM Ke-59, 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
Niaga SPOTLIGHT: Costing The Silent Threat of Obesity
Non-communicable diseases (NCDs) in Malaysia are a growing burden on the health system, with a number of associated health issues and economic costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
The annual cost of healthcare for NCDs is estimated to be over RM 9.65 billion. Meanwhile, the cost of disability and loss of healthy life years is estimated to be around RM 100.79 billion. Absenteeism due to NCDs is estimated to cost the Malaysian economy RM 2.6 billion annually.
From the common NCDs, obesity is one of THE most significant health threats, with nearly 20% of the Malaysian population currently classified as obese.
Additionally, more than half of all adults (54%) are overweight or obese. According to the World Obesity Atlas, this figure could rise to 41% in Malaysia by 2035, if preventive action is not taken.
Niaga Spotlight focuses on immediate strategies to address this growing silent threat of Obesity, which also burdens the national healthcare system as well as national productivity levels with significant impacts and costs.
AWANI Ringkas: Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Program 2TM: Pengunjung disaran guna pengangkutan awam ke KLCC
PACU menasihati pengunjung merujuk aplikasi PULSE untuk hentian bas di sepanjang laluan untuk ke lokasi program itu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 November 2024
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Pembayaran Piecemeal RTM guna tatacara perolehan WP10.9
2️⃣ Malaysia kecewa gencatan senjata Gaza diveto
3️⃣ Rusia ugut akan serang lagi Ukraine
#awaniringkas
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.
Suspek kes buli UPNM didakwa di bawah seksyen 323
Bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di lokasi Mahkamah Sesyen KL membawakan perkembangan tentang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang akan didakwa mengikut Sesyen 323 pada Jumaat.
Ringgit teruskan momentum positif, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4600/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4610/4650 ketika ditutup semalam.
Analisis ekonomi terkini bersama Abdul Mui’zz Morhalim
Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, membincangkan prestasi eksport dan import Malaysia, imbangan dagangan luar, kesan hubungan antarabangsa, serta jangkaan inflasi dan faktor-faktor utama dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) dalam sesi Google Meet ini.
RUU Pekerja Gig: Suara pekerja gig
Bersama rakan setugas Khalis Kadir di lokasi mendapatkan pandangan pekerja gig terhadap permintaan pemain industri supaya pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguhkan.
Piala Asia: Sasaran rasmi selepas pengumuman pemain - FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan sasaran rasmi Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan, sebaik mengesahkan barisan akhir skuad Harimau Malaya menjelang kejohanan tersebut.