DOHA: Harimau Malaya gagal memperagakan rentak permainan sebenar dan ketua pasukan negara, Matthew Davies, berharap mereka mampu menjelmakan kebangkitan apabila bakal bertemu Bahrain, Sabtu ini. 

Segalanya bagaikan tidak menjadi buat barisan negara dalam separuh masa pertama ketika membuka kempen Kumpulan E, Piala Asia 2023, sebentar tadi apabila melepaskan tiga gol yang bermula pada minit ke-12. 

Walaupun mengatur permainan yang lebih kemas buat Jordan, ia masih belum memadai untuk menyekat kemenangan wakil Asia Barat itu. 

"Kami agak terbuka pada awal permainan. 

"Gol awal membunuh kami, kami mampu menghasilkan persembahan yang lebih baik pada malam ini. 


"Bukan hanya keputusan tapi mutu persembahan juga mengecewakan kami. 

"Kami agak terlalu agresif dalam memberi tekanan di atas. 

"Sukar untuk melihatnya di atas padang dan kami akan menganalisanya, kemudian lihat apa yang boleh dilakukan.

"Kami akan menghadapi perlawanan seterusnya dalam lima hari lagi. 

"Kami perlu bangkit dalam masa singkat," katanya selepas aksi di di Stadium Al Janoub itu. - Stadium Astro