Dalam kejadian sejurus tamat perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 itu, penyokong Malaysia terpaksa menunggu keadaan reda sebelum meninggalkan stadium.
Seorang penyokong Malaysia dipercayai menjadi mangsa kepada kumpulan peminat fanatik yang dikenali sebagai Casual Thailand sebelum diselamatkan oleh penyokong tempatan yang lain.
Mangsa telah ditempatkan ke Hospital Smitivet, Srinakharin, dan menjalani ujian imbasan kerana hentakan di kepalanya. Kos rawatannya dibiayai oleh badan induk itu.
Wakil FAT kemudian memaklumkan bahawa penyokong itu berhajat untuk terbang pulang hari ini dan mendapatkan rawatan susulan di tanah air.
Presiden FAT, Madam Pang, turut menyeru kawalan keselamatan dipertingkatkan agar kejadian serupa tidak berulang. - Stadium Astro