KUALA LUMPUR: Juara lima kali, Thailand menjuarai Kumpulan A kejohanan Piala AFF 2020 selepas menewaskan tuan rumah Singapura 2-0 dalam pertarungan merebut tempat teratas kumpulan itu di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.
Pasukan Gajah Perang mendahului perlawanan menerusi gol pemain kelahiran Sweden Yusef Elias Dolah yang menolak masuk bola sepakan percuma Bordin Phala yang muntah selepas ditepis penjaga gawang tuan rumah Hassan Sunny pada minit ke-31.
Thailand pasukan paling cemerlang dalam kejohanan ini, menggandakan jaringan pada masa kecederaan babak pertama (45+2) menerusi Supachai Chaided.
Walaupun kedua-dua pasukan sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir, mereka meneruskan permainan menyerang dalam babak kedua dalam memburu tempat teratas kerana juara kumpulan akan bertemu naib juara Kumpulan B dalam separuh akhir.
Kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat, mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus Thailand selepas mengalahkan Timor Leste 2-0, Myanmar 4-0 dan Filipina 2-1 sementara Singapura mengalami kekalahan pertama dalam kempen ini selepas menewaskan Myanmar 3-0, Filipina 2-1 dan Timor Leste 2-0.
Sementara itu, hatrik Bienvenido Maranon pada separuh masa pertama membantu Filipina mengatasi Myanmar 3-2 untuk menduduki tangga ketiga kumpulan.
Penyerang veteran berusia 35 tahun menjaringkan gol pada minit ke-16, ke-19 dan ke-45 untuk melengkapkan hatriknya yang menyumbang kemenangan kedua "The Azkals".
Myanmar cuba untuk bangkit kembali menerusi dua gol Htet Phyo Wai pada minit ke-74 dan ke-86 untuk mengurangkan jurang.
Thailand menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan 12 mata, diikuti Singapura (sembilan mata), Filipina (enam mata), Myanmar (tiga mata) dan Timor Leste tanpa sebarang mata.
Dalam perlawanan Kumpulan B hari ini, Malaysia akan menentang musuh ketat Indonesia dalam perlawanan yang mesti dimenangi di Stadium Nasional Singapura sementara juara bertahan Vietnam akan bertemu Kemboja di Stadium Bishan. Kedua-dua perlawanan dijadualkan bermula pada 8.30 malam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Thailand menjuarai Kumpulan A kejohanan Piala AFF 2020 selepas menewaskan tuan rumah Singapura 2-0.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Skuad Harimau Malaya kurang keharmonian, wujud budaya berpuak - Dell
Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapati kekurangan keharmonian dengan wujudnya pecahan dalam pasukan kebangsaan, menjadi antara faktor prestasi hambar di Piala AFF 2020 di Singapura.
Harimau Malaya bergelut dengan permainan intensiti tinggi Indonesia - Cheng Hoe
Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi dari pasukan Indonesia adalah faktor utama pasukannya mengalami kekalahan 1-4 kepa
Piala AFF: Thailand tundukkan Singapura 2-0 untuk juarai Kumpulan A
Pasukan Gajah Perang mendahului menerusi gol Yusef Elias Dolah yang menolak masuk bola sepakan percuma Bordin Phala.
Piala AFF 2020: Cheng Hoe pertaruh pengalaman, ketenangan Dion Cools
Dua pertahanan tengah dilanda kecederaan hamstring dan gagal menamatkan permainan ketika tewas kepada Vietnam tiga hari lalu.
Selepas Mickey dan Yan, kini Akhyar pula disahkan positif COVID-19
Situasi terbaharu itu menyaksikan kini tiga pemain Malaysia positif COVID-19 selepas Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim beberapa hari lepas.
Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0
Pemain sayap, Safawi Rasid muncul sebagai pemain paling menyerlah dengan meledak hatrik sekali gus bergelar penjaring terbanyak kejohanan buat masa ini.
De Paula sudah cukup matang - Cheng Hoe
Cheng Hoe berharap pemain JDT itu dapat menjadi contoh terbaik kepada rakan sepasukan, dalam skuad Harimau Malaya.
Piala AFF: FAM hantar permohonan rasmi ganti penjaga gol Harimau Malaya
FAM sudah menghantar permohonan rasmi kepada AFF untuk menukar pemain di posisi penjaga gol skuad kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura.