KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe percaya penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula, sudah cukup matang untuk menghadapi tekanan di dalam dan luar padang.
Dengan faktor usia dan pengalaman luas dimiliki De Paula, Cheng Hoe berharap pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dapat menjadi contoh terbaik kepada rakan sepasukan, dalam skuad Harimau Malaya.
"Sebagai jurulatih, saya rasa saya dapat uruskan perkara ini. Tentu sekali, beliau (de Paula) telah berikan yang terbaik sewaktu latihan dan amat komited sekali, kadang kala akibat kecewa yang beliau tidak dapat menjaringkan gol. Saya pasti beliau cukup matang untuk hadapi keadaan ini.
"Saya berharap beliau akan dapat berikan motivasi kepada pasukan dan berikan contoh baik untuk mereka. Saya pasti beliau sudah bersedia untuk perlawanan seterusnya," kata Cheng Hoe pada sidang media selepas perlawanan pembukaan Kumpulan B di Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 antara Kemboja dan Malaysia, semalam.
Pada aksi di Stadium Bishan itu, Malaysia berjaya meraih tiga mata berharga selepas mengatasi skuad 'Angkor Warriors' 3-1 menerusi jaringan sepakan penalti Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan M. Kogileswaran.
Hasrat anak buah Cheng Hoe meraih kemenangan bersih tidak kesampaian, apabila Kemboja dihadiahkan sepakan penalti di penghujung perlawanan, yang kemudian disempurnakan Sath Rosib.
Bagaimanapun, media antarabangsa (ESPN) melaporkan De Paula menunjukkan reaksi tidak bersemangat kesukanan selepas beliau digantikan dengan penyerang muda Luqman Hakim Shamsudin, pada babak kedua perlawanan itu.
Menurut laporan tersebut, pemain berusia 35 tahun itu didakwa menendang botol air di luar padang sejurus digantikan, kemudian merenung tajam ke arah penonton yang memberikan tepukan kepadanya sebelum membaling botol air ke bangku simpanan pasukan negara, dan terus menuju bilik persalinan.
Malaysia dijadual bertemu Laos pada Khamis, sebelum berdepan juara bertahan Vietnam (12 Dis) dan menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan 19 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Media antarabangsa melaporkan De Paula menunjukkan reaksi tidak bersemangat kesukanan selepas beliau digantikan pada babak kedua perlawanan semalam. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Jodoh Cheng Hoe bersama kelab Thailand berakhir
Kelab itu dilaporkan mahu mencari pengendali tempatan, menyaksikan jodoh Cheng Hoe bersamanya hanya bertahan kira-kira separuh musim sahaja.

Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.

Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.

Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.

Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.

Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.

Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.

Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.