PETALING JAYA: Pemain naturalisasi negara, Lee Andrew Tuck menyeru rakan sepasukan dalam Harimau Malaya supaya lebih agresif ketika berhadapan Singapura dalam aksi Kumpulan B Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Selasa ini.
Tuck percaya rakan sepasukannya berupaya menembusi benteng pertahanan Singapura dan menjaringkan gol biarpun pasukan lawan memilih untuk menggunakan taktik bertahan sepenuhnya.
"Saya fikir taktik perlawanan itu nanti adalah sama iaitu bertahan kerana mereka hanya perlu seri untuk mendapatkan satu mata. Jadi kami perlu mencari kaedah untuk memecahkan benteng mereka.
Ia bukannya mudah, tetapi seperti yang saya kata sebelum ini, saya rasa kami mempunyai kualiti dan kami telah mempamerkan keupayaan untuk menjaringkan gol di dalam kejohanan ini.
"Kami perlu memenangi perlawanan ini," katanya kepada wartawan ketika ditemui pada sesi latihan di sini pada Sabtu.
Singapura kini mempunyai sedikit kelebihan untuk mara ke separuh akhir kejohanan ini selepas seri tanpa jaringan dengan Vietnam dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam semalam, penyerang tengah baharu Kedah Darul Aman FC itu masih yakin tiada tekanan untuk skuad negara dalam menghadapi pasukan negara jiran itu.
Bahkan, Tuck optimis bahawa mereka akan dapat menjayakan misi kali ini dan melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan.
"Setiap pemain nampak relaks sekarang, kami yakin dengan apa yang kami mampu lakukan dan kami menantikan perlawanan itu kerana kami yakin kami memiliki apa yang sepatutnya kami ada untuk melangkah ke separuh akhir," katanya.
Keputusan seri malam semalam membolehkan Singapura mengumpul tujuh mata merampas tempat kedua Kumpulan B daripada Malaysia yang jatuh ke tempat ketiga dengan enam mata sementara Vietnam mempunyai kelebihan jaringan kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan tujuh mata.
Myanmar yang akan bertandang ke Stadium My Dinh di Hanoi untuk bertemu Vietnam pada Selasa ini, kekal di tangga keempat kumpulan dengan satu mata sementara Laos mengakhiri kempen mereka di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Selepas diturunkan hanya sekali dalam barisan permulaan perlawanan menentang Vietnam Selasa lepas, pemain berusia 34 tahun itu inginkan beliau diletakkan dalam kesebelasan utama sekali lagi ketika menentang Skuad Singa itu.
"Sudah tentu anda mahu bermain dalam sebanyak minit yang mungkin, jadi saya gemar bermula di awal perlawanan tetapi kadang-kadang elok juga bangun dari bangku simpanan dan melakukan perubahan," katanya.
Mengulas mengenai perpindahannya daripada Sri Pahang ke Kedah, pemain kelahiran Huddersfield itu berkata beliau tidak menyesal meninggalkan kelab itu dan berharap semoga mereka semua akan beroleh kejayaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022

Lee Tuck ditemu bual media ketika menjalani sesi latihan di Wisma FAM menjelang perlawanan menentang Singapura pada Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. -Bernama
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.