SEBANYAK 40,000 tiket untuk aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula esok dan Sabtu ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam berkata, sebanyak 20,000 keping tiket akan dijual esok sementara baki tiket-tiket berkenaan akan dijual pada hari Sabtu bermula pukul 9 pagi untuk kedua-dua hari berkenaan.
"Sementara baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini dan lokasi-lokasi penjualannya akan dimaklumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, tiket final pertama hanya akan mula dicetak di Bangkok, Thailand oleh syarikat tiket dilantik Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) selepas berakhir aksi separuh akhir kedua antara Vietnam dan Filipina di Hanoi, malam ini.
Stuart turut memberitahu, kesemua tiket yang siap dicetak kelak dijangka tiba di Kuala Lumpur pada hari Sabtu sebelum mula dijual kepada orang ramai pada Ahad ini.
Dalam perkembangan sama, Stuart memaklumkan, FAM akan memberi keutamaan pembelian tiket final pertama untuk penyokong tempatan yang hadir menyaksikan aksi separuh akhir kedua antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, malam tadi.
"Sila simpan keratan tiket separuh akhir kedua bertemu Thailand malam tadi kerana FAM sedang berbincang untuk memberi keutamaan kepada anda semua dalam proses membeli tiket ini. Nantikan pengumuman rasmi mengenainya," jelas Stuart lagi.
Beliau berkata, FAM turut menetapkan harga tiket lebih murah untuk aksi final pertama iaitu RM40 bagi tempat duduk terbuka (RM10 lebih murah berbanding edisi 2014) dan RM5 bagi kanak-kanak (RM5 lebih murah berbanding edisi 2014), selain tempat duduk grandstand berharga RM50.
Keputusan menurunkan harga tiket, ujar beliau, dibuat sebagai menghargai sokongan padu penyokong skuad negara yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil ketika aksi separuh akhir pertama antara Malaysia dan Thailand pada 1 Disember lalu.
Stuart berkata, FAM juga akan menguruskan urusan pembelian tiket untuk aksi final kedua kepada peminat bola sepak negara yang berminat menyaksikan perlawanan berkenaan di tempat lawan pada 15 Disember ini.
Pasukan negara layak ke final walaupun seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam tadi.
Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Disember lalu.
Lawan Malaysia pada aksi final akan ditentukan pada separuh akhir kedua antara Vietnam dan Filipina di Hanoi, malam ini, dengan Vietnam meraih kemenangan tipis 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Bacolod City, Filipina, 2 Disember lalu.
Bernama
Thu Dec 06 2018
PEMINAT pasukan negara yang berhasrat mahu menonton aksi final Piala AFF boleh membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan mulai esok seperti diumumkan FAM. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.