Kejayaan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjadi sebutan ramai dan kemenangan ini jelas mengharumkan nama Malaysia di mata Asia.

JDT menjadi pasukan tempatan pertama dari Malaysia yang menjulang piala berprestij itu, selain memecah monopoli pasukan dari Timur Tengah yang sebelum ini silih berganti menjadi juara AFC.

Susulan kejayaan itu, media sosial dijadikan medium untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan tersebut.

Penyokong-penyokong Johor serta rakyat Malaysia berkongsi kejayaan ini kerana ia melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas menjuarai perlawanan AFC itu.








Ucapan tahniah dari negara jiran seperti Singapura turut disampaikan.


Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menyampaikan ucapan tahniah beliau kepada pasukan Johor menerusi laman Facebooknya.

Tahniah JOHOR Southern Tigers! Berjaya cipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia dengan bawa pulang Piala AFC!

Posted by Najib Razak on


Selaku juara, JDT membawa pulang trofi Piala AFC yang disampaikan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai berjumlah AS$350,000 (RM1.502 juta).

Berdasarkan perbualan netizen di laman sosial, kami turut senaraikan lima faktor yang disebut-sebut menjadi penyumbang kemegahan nama JDT tahun ini.