KUALA LUMPUR: Penyandang Juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC mengesahkan tempat ke separuh akhir zon ASEAN Piala Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) selepas menewaskan kelab Singapura, Tampines Rovers 2-1, pada aksi terakhir kumpulan H di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.
KL City yang muncul naib juara kumpulan menerusi keputusan itu, ternyata lebih banyak mendominasi perlawanan sebelum membuka jaringan seawal minit ke-15 menerusi jaringan kapten pasukan, Paulo Josue.
Tidak terhenti di situ satu lagi peluang menambah jaringan terhidang, apabila KL City diberikan sepakan percuma yang diambil Josue, namun sepakan deras pemain itu ditepis penjaga gol Muhammad Syazwan Buhari.
Josue bagaimanapun menebus kembali peluang diperolehi sebelum itu, apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-21 buat KL City selesa mendahului 2-0.
Bagaimanapun Tampines Rovers yang dibimbing Gavin Lee, bangkit merapatkan jurang hasil tandukan Boris Kopitovic pada minit ke-37, sebelum babak pertama berakhir dengan kedudukan 2-1.
Disaksikan 1,354 jumlah penonton, kedua-dua pasukan bagaimanapun buntu untuk menambah jaringan gol, sehingga wisel penamat ditiupkan.
"Kami kuasai bola, namun masalah utama kami seperti biasa adalah jaringan gol. Walaupun kami lepas ke pusingan selanjutnya, ia bukanlah suatu yang mudah," kata Hodak dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Turut mengikut jejak langkah KL City adalah satu lagi wakil negara, Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas membelasah wakil Kemboja Visakha FC 5-1, pada aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Kapten I Wayan Dipta di Bali.
Visakha FC terlebih dahulu membuka jaringan menerusi jaringan Mohammed Faeez Khan pada minit ke-20, sebelum KDA FC menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mahmoud Al-Mardi selang sembilan minit kemudian.
KDA FC kemudian mengukuhkan kedudukan selepas Mahmoud Al-Mardi menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-45
KDA FC ternyata mempamerkan aksi memukau, apabila menyumbat tiga lagi gol menerusi Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-55, Fayadh Zulkifli pada minit ke-67 dan Ronald Ngah Wanja pada minit ke-76 bagi menjadikan keputusan 5-1 hingga wisel penamat ditiupkan.
Keputusan tersebut menyaksikan KDA FC muncul juara Kumpulan G, sekali gus mara ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN, apabila berkongsi enam mata dengan Visakha FC dan Bali United FC dibezakan dengan kelebihan jaringan gol.
Saingan kumpulan Piala AFC melibatkan KL City dan KDA berlangsung secara liga sepusingan dengan juara kumpulan dan satu naib juara terbaik antara tiga kumpulan Zon ASEAN, akan layak ke peringkat seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022

Pemain Kuala Lumpur City FC, Muhammad Irfan Zakaria, dihalang dua pemain Tampines Rovers pada saingan kumpulan H Piala AFC di Stadium Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.