KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC melakar sejarah apabila berjaya menundukkan wakil Indonesia, PSM Makassar 5-2 pada aksi final Zon ASEAN saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), malam tadi.
Lebih manis, kejayaan tercipta di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di hadapan 2,905 penonton itu dalam masa sama melayakkan KL selaku Juara Zon ASEAN terus mara ke perlawanan play off separuh akhir antara zon Piala AFC.
Pada babak pertama perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan seimbang dengan masing-masing cuba memecah kebuntuan gol.
KL berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-20 menerusi hantaran leret Zhafri Yahya ke dalam kawasan kotak penalti yang disusuli rembatan Romel Morales, namun ia dihalang pemain pertahanan lawan sehingga menyaksikan bola hanya melintasi bahagian kanan tiang gol.
Peluang yang tidak berjaya disudahkan itu bagaimanapun kian membangkitkan semangat anak buah Bojan Hodak untuk sekali lagi mengasak kubu lawan PSM Makassar dan ia ternyata berbaloi selepas Romel menjaringkan gol pendahuluan KL pada minit ke-32.
KL yang menggandakan asakan meraih satu lagi gol menerusi hantaran leret Romel ke dalam kotak penalti yang disambut baik dengan rembatan padu pemain import dari Ghana, Jordan Mintah pada masa tambahan separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan PSM Makassar dibimbing Bernardo Tavares ternyata masih terpaku dengan dua gol skuad KL sekali dihukum apabila pemain pertahanannya menjatuhkan pemain tengah KL, Zhafri dalam kawasan kotak penalti.
Peluang terhidang menerusi sepakan penalti yang diberikan pengadil itu kemudian disempurnakan Paulo Josue bagi gol ketiga untuk KL terus selesa mendahului.
Tersentak dengan gol itu, PSM Makassar cuba mengubah rentak lebih agresif dan usaha mencari gol akhirnya menemui kejayaan selepas Yakob Sayuri menjaringkan gol pada minit ke-57.
PSM Makassar kembali lebih garang apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan Akbar Tanjung pada minit ke-62.
KL tidak mahu mensia-siakan peluang untuk terus mendahului kemudian menjarakkan kedudukan menerusi gol keempat hasil jaringan Paulo pada minit ke-85.
Pemain KL, Hadin Azman kemudian menambah keceriaan pasukan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir kecederaan untuk memutlakkan kemenangan pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022

Kejayaan itu melayakkan KL selaku Juara Zon ASEAN terus mara ke perlawanan play off separuh akhir antara zon Piala AFC. - Foto Facebook Kuala Lumpur City
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Piala AFC: KL City FC muncul Juara Zon ASEAN, tundukkan PSM Makassar
Pada babak pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan seimbang dengan masing-masing cuba memecah kebuntuan gol.