KUALA LUMPUR: Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) akan menyertai Liga Hoki Malaysia pada musim ini, menerusi Kuala Lumpur City (KL City) yang ditubuhkan persatuan itu dengan kerjasama beberapa agensi seperti Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).
Presiden PHKL I. Viknesawaran berkata KL City yang juga ditubuhkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan disokong kemuniti setempat itu, akan menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan wanita pada kejohanan liga berkenaan.
"Pasukan ini diwakili anak jati Kuala Lumpur, berumur 21 tahun dan ke bawah. Ini merupakan projek bersama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan bersempena temasya sukan Malaysia (SUKMA) (tahun ini)," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada Isnin.
Vikneswaran berkata dalam jangka masa panjang, pihaknya ingin menjadikan KL City sebagai sebuah kelab yang mempunyai peminat tersendiri, khususnya dalam kalangan peminat sukan hoki di sini, selain mengembangkan lagi jenama KL City.
Sementara itu, beliau berkata PHKL juga merancang menganjurkan Kejohanan Liga Hoki Dalam Dewan tahun ini, bagi memberi nafas baharu kepada kejohanan hoki seperti itu yang kebelakangan agak kurang diberi perhatian.
"Pengajuran kejohanan hoki dalam dewan berkenaan juga bertujuan memberi peluang kepada pemain hoki padang meningkatkan kemahiran serta prestasi mereka dalam bidang sukan berkenaan.
"Kejohanan itu juga penting diberi nafas baharu, memandangkan ia turut dipertandingkan di peringkat Sukan SEA selain dianjurkan menerusi Piala Sultan Nazrin Shah dan pelbagai kejohanan lain", katanya.
Sementara itu, Vikneswaran berkata saingan Liga Hoki Kuala Lumpur musim 2023 yang terhenti sementara disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, akan disambung semula pada 6 Jan ini bagi menamatkan baki perlawanan musim lepas sebelum penganjuran untuk musim 2024 bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024

KL City juga ditubuhkan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Gambar hiasan

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

PHKL akan sertai Liga Hoki Malaysia 2024 menerusi pasukan dinamakan KL City
PHKL akan menyertai Liga Hoki Malaysia pada musim ini, menerusi KL City yang ditubuhkan persatuan itu dengan kerjasama beberapa agensi seperti MSWP.

KWP rancang bina fasiliti latihan sukan berpusat di Putrajaya - Annuar Musa
Perbadanan Putrajaya telah pun bersetuju menyediakan tanah bagi pembinaan fasiliti tersebut yang terletak bersebelahan Stadium Ragbi Nasional, Presint 13 yang sedang dalam pembinaan.

Kad diskaun untuk atlet di Wilayah Persekutuan
Seramai 1,300 atlet di Wilayah Persekutuan akan menerima Kad Diskaun Team Wipers yang boleh digunakan untuk membeli peralatan sukan di kedai atau laman sesawang tertentu.