KUALA LUMPUR: Seramai 1,300 atlet di Wilayah Persekutuan akan menerima Kad Diskaun Team Wipers yang boleh digunakan untuk membeli peralatan sukan di kedai atau laman sesawang tertentu.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, ia inisiatif yang memberi penekanan dan manfaat terhadap kebajikan atlet.
"30 sehingga 50 peratus, ia satu jumlah diskaun sangat baik, dan kita tahu seorang ahli sukan, kalau orang biasa memberi sepasang but untuk setahun, tetapi pemain bola perlu beli tiga atau empat pasang.
"Jadi kos untuk aktif dalam sukan ini tidak murah, segala peralatan sukan itu mahal.
"Dengan adanya diskaun ini satu kelegaan yang besar dan kita mempunyai jumlah atlet yang ramai, di Wilayah Persekutuan ini kita ada atlet lebih 1,000 orang, bermakna mereka mendapat diskaun," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Wilayah Persekutuan 2021 pada Sabtu.
Pada majlis sama, Annuar turut menyaksikan pertukaran lima perjanjian persefahaman (MoU) antara MSWP dengan beberapa universiti dan agensi swasta.
Antara yang diterima atlet Wilayah Persekutuan sebelum ini adalah perlindungan insurans, Skim Insentif Kemenangan, bantuan perubatan dan rehabilitasi sukan.
Astro Awani
Sat Apr 10 2021

Annuar menjelaskan, Kad Diskaun Team Wipers merupakan inisiatif yang memberi penekanan terhadap kebajikan atlet sekali gus manfaat kepada kebajikan mereka. - Foto FB/Annuar Musa
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Kerajaan Pahang teruskan Program Tunas Makmur, sedia peruntukan RM9 juta
Kerajaan Pahang terus komited melaksanakan Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) dengan peruntukan sebanyak RM9 juta tahun ini.

Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.

Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.

PAKP perkenal kad diskaun Prihatin Pahang
Bagi menyokong pertumbuhan semula ekonomi setempat dan membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup, Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) mengambil inisiatif mewujudkan Program Kad prihatin Pahang.

MITC pertimbang kad diskaun untuk petugas barisan hadapan
MITC mempertimbangkan pemberian percuma kad diskaun kepada petugas barisan hadapan yang berkorban tenaga dan nyawa dalam memerangi penularan COVID-19 di Selangor.

Restoran mamak perkenal kad diskaun
Restoran "mamak" akan perkenal kad diskaun untuk golongan tertentu masyarakat bagi membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.