Jaguh pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan membuktikan dirinya berada di kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 100m dengan catatan masa 10.34 saat pada Kejohanan Olahraga All Comers FTKLAA/MILO 2018 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.
Lebih menakjubkan, kejohanan itu merupakan penampilan pertama buat pemegang rekod 100m dan 200m kebangsaan itu dalam tempoh tujuh bulan selepas pulih daripada kecederaan otot paha (hamstring) yang dialami sewaktu beraksi di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Atlet berusia 19 tahun itu berkata penyertaannya pada kejohanan itu adalah untuk mendapatkan semula suasana bertanding selepas berehat lama selain menjadi medan pemanas badan sebelum beraksi di Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan depan.
"Kejohanan hari ini adalah untuk mendapatkan semula perasaan berlari 100m sebab saya pun baru sahaja pulih sepenuhnya dari kecederaan. Ini juga kejohanan pertama saya dan Alhamdulillah dapat kekalkan catatan 10.34s dan saya berterima kasih kepada jurulatih saya (Mohd Poad Md Kassim).
"Dengan catatan itu selepas ini saya akan lebih semangat dan akan menggandakan lagi latihan supaya dapat mencapai sasaran ke peringkat akhir dalam acara 100m di Sukan Komanwel nanti," katanya.
Selain menyasarkan untuk mara ke peringkat akhir di Gold Coast, anak jati Melaka itu turut memasang impian memperbaharui rekod kebangsaan 10.18s miliknya yang dilakar pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016.
"Saingan di Sukan Komanwel sangat sengit tetapi saya hanya mahu tumpukan kepada larian dan cuba untuk memecahkan rekod 10.18s atau sekurang-kurangnya menyamai kepantasan tersebut," tambah beliau.
Sebagai rekod, Khairul Hafiz yang diberi jolokan 'The Speedy Jantan' berjaya menamatkan kemarau pingat emas 14 tahun negara dalam acara reben biru Sukan SEA selepas menjuarai 100m di KL2017 mengatasi juara bertahan, Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dengan catatan 10.43s.
Dalam acara hari ini, pingat perak dimenangi oleh Muhammad Zulfiqar Ismail dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor dengan masa 10.46s diikuti rakan sepasukan, Muhammad Haiqal Hanafi dengan catatan masa 10.47s.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 18 2018
Khairul Hafiz mahu kembali mengorak langkah selepas lama berehat bagi memulihkan kecederaan. - Gambar fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Atlet, legenda sukan suarakan solidariti untuk Gaza
Atlet, tokoh dan peminat sukan bersolidariti menunjukkan sokongan kepada Palestin dan mengecam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.