Peru melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia FIFA sejak 1978 selepas menewaskan Australia 2-0.
Australia turun ke Stadium Fisht di Sochi perlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati namun gagal menandingi saingan dari Amerika Selatan itu.
Peru yang sudahpun tersingkir dari kejohanan mendahului perlawanan pada minit ke-18 menerusi Andre Carrillo yang menerima hantaran Paolo Guerrero.
Australia hampir mendapat gol penyamaan pada minit ke-40 namun tandukan Trent Sainsbury dari jarak dekat tersasar.
Guerrero yang mencipta gol pertama untuk Peru berjaya mencetak namanya sebagai penjaring pada minit ke-50 permainan untuk menggandakan pendahuluan pasukannya.
Pemain yang beraksi di Brazil bersama Flamengo itu hampir terlepas aksi di Rusia selepas digantung akibat positif dadah, namun keputusan itu diubah selepas kapten pasukan Australia, Denmark dan Perancis meminta FIFA supaya penggantungan itu ditarik balik.
Pada minit ke-60, Tim Cahill turut mempunyai peluang untuk merapatkan kedudukan buat Australia namun rembatannya dihalang.
Peru berjaya bertahan untuk melakar kemenangan namun ia tidak mengubah keadaan bahawa mereka sudahpun tersingkir.
Kali terakhir Peru mencatat kemenangan adalah pada 11 Jun, 1978 selepas menewaskan Iran 4-1.
Tonton: Australia 0-2 Peru
Ian Johan Ariff
Tue Jun 26 2018
Andre Carrillo menjaringkan gol pertama Peru ke atas Australia. - Gambar FIFA.com
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Pasukan Malaysia meraih pencapaian luar biasa dalam kejohanan ICU Cheerleading World Cup di Korea Selatan apabila Pasukan Remaja negara merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Calon utama Pilihan Raya Presiden Romania buang undi
Calon Utama pilihan raya presiden Romania, Marcel Ciolacu membuang mengundi di Bucharest dalam pusingan pertama pengundian untuk ketua negara seterusnya pada Ahad.
Laluan masuk Islamabad ditutup, sekatan keselamatan dipertingkat
Ibu Negara Pakistan, Islamabad diletakkan di bawah sekatan keselamatan pada Ahad menjelang protes oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang menggesa beliau dibebaskan.
2TM: Rakyat semakin memahami aspirasi Kerajaan MADANI - KSN
Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 meraih sambutan memberangsangkan dengan kehadiran pengunjung melebihi sasaran.
Anthony Blinken selamat tiba di Itali untuk mesyuarat Menteri Luar G7
Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikatr (AS), antara isu yang bakal menjadi tumpuan utama Blinken termasuk konflik di timur tengah, perang rusia terhadap Ukraine, keselamatan Indo-Pasifik serta krisisi di Haiti dan Sudan.
Satu maut, tiga cedera tembakan di Jordan
Seorang lelaki bersenjata maut sementara tiga anggota polis cedera selepas tembakan berhampiran kedutaan Israel di negara jiran Jordan, menurut sumber keselamatan dan media kerajaan pada Ahad.
1,000 rumah setinggan di ibu kota Filipina terbakar
Api marak dan asap hitam tebal ke langit ketika api menyambar ratusan rumah di kawasan setinggan di Manila pada Ahad.
Kuasai 3M, galakkan inovasi di kalangan pelajar
Pencipta inovasi dalam bidang pendidikan di Sarawak disyorkan mencari jalan untuk menangani mereka yang gagal menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) di peringkat awal kanak-kanak.
Copa America: Peru cipta kejutan singkir juara bertahan
Peru menempah tiket ke final selepas menundukkan juara bertahan, Chile 3-0.
Peru lakar kemenangan pertama sejak 1978 (Australia 0-2 Peru)
Peru yang sudahpun tersingkir melakar kemanangan pertama dalam Piala Dunia sejak 1978.