KUALA LUMPUR: Kerjasama erat antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) perlu diteruskan kerana ia penting dalam mencapai kaedah penyelesaian isu bola sepak negara.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, komunikasi secara telus antara kedua-dua organisasi itu perlu demi kepentingan kelab dan pemain sekali gus ke arah kemajuan bola sepak Malaysia.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi perbincangan antara FAM dan PFAM berhubung isu semasa bola sepak tanah air terutama dalam mengeratkan persefahaman kedua-dua pihak hari ini.
"Agenda utama perbincangan ialah lebih ke arah untuk meningkatkan lagi dan menambah baik gerak kerja antara FAM dan PFAM terutama dalam undang-undang bola sepak membabitkan pemain," katanya menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook FAM hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang FAM Saaran Nadarajah.
PFAM pula diwakili presidennya Safee Sali; timbalan presiden Shahrom Kalam; ketua pegawai eksekutif PFAM Izham Ismail; dan Setiausaha PFAM Razman Roslan.
Dalam pada itu, isu tunggakan gaji pemain, cukai pendapatan pemain, kaedah jika melaksanakan tangga gaji siling serta cadangan pengukuhan persefahaman pengurusan penswastaan kelab adalah antara agenda yang diberi perhatian dalam sesi perbincangan itu.
"FAM dan PFAM sentiasa memandang serius isu tunggakan gaji, diingatkan kelab untuk berbelanja mengikut bajet dan kemampuan kadar kewangan agar masalah ini tidak lagi membelenggu dunia bola sepak negara," kata Hamidin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Komunikasi secara telus antara kedua-dua organisasi itu perlu demi kepentingan kelab dan pemain sekali gus ke arah kemajuan bola sepak Malaysia. - Astro AWANI
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 49 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Mahkota Ismail, bincang pelbagai isu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor di Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
Penyerang Perancis, Antoine Griezmann umum persaraan daripada bola sepak antarabangsa
"Kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dan memberi ruang kepada generasi baharu." - Griezmann
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
'Kualiti Arif Aiman lebih baik daripada pemain import'
Jamal Nasir berkata, Arif Aiman terus konsisten dalam setiap permainannya malah turut mampu menyaingi ramai pemain import lain dalam JDT.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.
Tumbuk pengadil, tiga kad merah hiasi drama aksi Aceh bertemu Sulawesi Tengah
Tempoh 90 minit perlawanan disulami aksi panas susulan kekasaran demi kekasaran kerap berlaku sehingga mencipta pelbagai drama sensasi.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Dua pemain kebangsaan England dalam radar Man Utd
Eberechi Eze dari Crystal Palace dan Jarrad Branthwaite dari Everton telah dinamakan sebagai sasaran seterusnya.
Kim Swee sentuh isu padang di sebalik kejayaan Malaysia pada Pestabola Merdeka
Ong Kim Swee membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.