MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tampak akur dengan keputusan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menyertai Program Road to Gold (RTG).
Hannah Yeoh yang juga pengerusi bersama Program RTG menegaskan, pihaknya tidak boleh memaksa mana-mana atlet yang enggan berbuat demikian.
"Saya tidak boleh memaksa atlet yang tidak mahu menerima Program RTG, ia terpulang kepada atlet untuk menerima atau sebaliknya," kata Hannah menerusi Nadi Arena.
Zii Jia ketika ini berada di luar negara untuk menyertai saingan Masters Jepun di Kumamoto yang bermula hari ini.
Zii Jia sebelum ini diberikan sedikit masa bagi meneliti butiran perjanjian selepas mengadakan pertemuan bersama penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam 3 November lalu.
Namun, tempoh masa yang diberikan kepada Zii Jia untuk memberikan jawapan kekal sehingga 14 November sebagai tarikh akhir,
Ini bermakna, Zii Jia muncul satu-satunya daripada 15 atlet yang tersenarai dalam RTG tidak berbuat demikian.
Hannah ditemui selepas merasmikan persidangan Wanita Dalam Sukan di Subang Jaya, pada Selasa.
Fokus kepada pemerkasaan wanita dalam sukan, program yang berlangsung dari 14 hingga 16 November disertai seramai 150 peserta.
Ia terdiri daripada semua pemegang taruh terutama membabitkan atlet dan bekas atlet wanita kebangsaan termasuk atlet wanita luar negara. - Stadium Astro
Astro Arena
Tue Nov 14 2023

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (kiri) akur dengan keputusan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) bagi menyertai Program Road to Gold (RTG).
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Perkara ini tidak boleh nak paksa, Hannah akur keputusan Zii Jia
"Saya tidak boleh memaksa atlet yang tidak mahu menerima Program RTG, ia terpulang kepada atlet untuk menerima atau sebaliknya."

Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.

Jawatankuasa RTG tahu isu dibangkit Azizulhasni, keputusan pada mesyuarat akan datang
Ketidakpuashatian dibangkitkan jaguh berbasikal Azizulhasni Awang, diharapkan akan dapat diselesaikan ketika mesyuarat Jawatankuasa Road to Gold, yang akan diadakan dua minggu lagi.

Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai
Jaminan kepadanya untuk mendapatkan persediaan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne hujung tahun lalu masih tidak ditepati.

Kaji semula peranan ISN - KHM
KHM meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengkaji semula semula peranan ISN dalam membantu latihan skuad kebangsaan pelbagai peringkat dalam menghadapi kejohanan antarabangsa.

Pamer aksi konsisten buru mata kelayakan ke Olimpik 2024 - Norza
Pihaknya sentiasa memberikan sokongan sewajarnya tanpa mengira sama ada pemain bernaung di bawah BAM atau bergerak secara profesional.

PKBM minta KBS senarai Muhammad Fadhil dalam program 'Road To Gold'
Kelibat Muhammad Fadhil disifatkan sebagai satu keperluan selaku pelumba sandaran bagi acara pecut berpasukan.

Pembentukan 'Road to Gold' tindakan proaktif, berani - Presiden MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) melihat pembentukan projek 'Road To Gold' (RTG) sebagai tindakan proaktif dan berani.

Hannah Yeoh akan bertemu Zii Jia
Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia apabila pemain badminton perseorangan lelaki negara itu pulang ke tanah air.