KUALA LUMPUR: Selepas menoktahkan penantian lebih empat dekad untuk layak secara merit ke Piala Asia, tumpuan terkini skuad Harimau Malaya beralih kepada usaha mengetuk 'pintu' Piala Dunia, tanpa mengabaikan inisiatif mengukuhkan cengkaman di persada Asia.
Berdasarkan tahap kemajuan pada era 'kepimpinan Kim Pan Gon' yang menyaksikan Malaysia kini merupakan pasukan ke-24 terbaik Asia, skuad kebangsaan sememangnya memiliki potensi untuk mara lebih jauh dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 sekali gus mencipta sejarah tersendiri.
Bermula Khamis ini, skuad Harimau Malaya akan berjuang merebut 18 slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, selepas sering terkandas di pusingan kedua kelayakan dalam percubaan terdahulu, meskipun jurulatih saling bertukar ganti.
Diundi dalam Kumpulan D pada kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Malaysia yang menghuni ranking dunia ke-137 sebenarnya berdepan tugas mencabar dan sedikit kesilapan pastinya akan mengundang padah.
Ini kerana anak buah Pan Gon akan bersaing dengan dua pasukan di ranking lebih baik iaitu Oman (ke-72) dan Kyrgyzstan (ke-97), selain perlu berwaspada dengan cabaran Taiwan (ke-152) dalam merebut dua slot teratas kumpulan, untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan.
Namun berbekalkan tujuh kemenangan, termasuk menundukkan tiga pasukan di ranking lebih tinggi pada ketika itu antaranya India (ke-102), dua seri dengan pasukan 100 terbaik - Syria (ke-94) dan China (ke-80), serta dua tewas sepanjang tahun ini, Malaysia berada di landasan tepat untuk berjaya.
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen pusingan kedua kelayakan dengan melayani kunjungan Kyrgyzstan, di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini pada Khamis dan bertemu Taiwan di Taipei pada 21 Nov, bagi dua aksi pertama tahun ini.
Di atas kertas, Malaysia tampak sukar mencipta kemenangan ke atas Kyrgyzstan dengan rekod pertemuan yang memihak skuad 'The White Falcons', yang menundukkan pasukan negara 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa sulung kedua-dua pasukan di Melaka pada 2018.
Bagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa pasukan negara yang memiliki 72.73 peratusan kemenangan tahun ini berbanding Kyrgyzstan (31.25 peratus), skuad Harimau Malaya sepatutnya tidak berdepan masalah mengutip tiga mata.
Pan Gon dilihat mahu meneruskan pendekatan taktikalnya, apabila mengekalkan 20 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat bagi menghadapi kejohanan Pestabola Merdeka 2023 bulan lepas, yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara selepas tewas 0-2 kepada Tajikistan, di sini.
Antara pemain yang dikekalkan adalah ketua pasukan Dion Cools, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Brendan Gan, Dominic Tan, Darren Lok, Paulo Josue dan Junior Eldstal.
Dalam pada itu, pasukan lawan bimbingan Stefan Tarkovic yang dilihat memiliki kelebihan dari segi fizikal dan permainan 'keras', juga tidak berada dalam prestasi terbaik selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut di tangan Bahrain 0-2 dan Filipina 0-1, pada aksi persahabatan antarabangsa bulan lepas.
Namun, mereka telah membuat persiapan rapi menjelang pertembungan Khamis ini, apabila dilaporkan sebahagian pasukan telah berada di sini sejak Khamis lalu dan mula menjalani latihan penuh selepas baki pemain daripada kelab Abdish-Ata Kant, pendahulu liga Kyrgyzstan menyertai dua hari kemudian.
Berdasarkan senarai pemain yang menyertai kem latihan Kyrgyzstan, Tarkovic memanggil 11 pemain dari kelab Abdish-Ata Kant dan melengkapkan skuad bimbingannya dengan pemain yang berpangkalan di luar negara antaranya di Jerman, Rusia dan Turkiye.
Antara pemain yang menjadi kunci pasukan Kyrgyzstan ialah penyerang berpengalaman Mirlan Murzayev yang beraksi bersama kelab Vietnam, Hanoi FC dan mengumpul 16 gol di pentas antarabangsa selain penyerang kelahiran Ghana Joel Kojo dan pemain tengah muda Gulzhigit Alykulov.
Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia dijadual bertemu Oman di tempat lawan dan sendiri tahun hadapan, masing-masing pada 21 dan 26 Mac, Kyrgyzstan di gelanggang lawan (6 Jun) dan bertemu Taiwan (11 Jun) di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen pusingan kedua kelayakan dengan melayani kunjungan Kyrgyzstan, di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.