BIRMINGHAM: Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan membuka tirai secara rasmi di Stadium Alexander, Perry Barr, hari ini memberi sinar baharu kepada peminat sukan tanah air untuk melihat kejayaan gemilang atlet Malaysia sekali gus mencapai sasaran enam pingat emas.
Harapan tinggi diletakkan ke atas barisan atlet negara yang beraksi di Birmingham bagi mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia sekali gus menebus kekecewaan selepas pencapaian kurang memberangsangkan pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, Mei lepas.
Sebagai rekod, buat pertama kalinya dalam sejarah, Malaysia yang mencapai sasaran dengan meraih 39 pingat emas pada Sukan SEA Hanoi berada di kedudukan keenam dan paling rendah sejak 1983 ketika temasya sukan dwitahunan tersebut dianjurkan di Singapura.
Namun, dengan kehadiran ramai jaguh dunia di Birmingham, cabaran getir sudah pasti menanti 104 atlet negara yang menyertai 14 jenis sukan termasuk empat sukan para dalam memastikan sasaran enam emas kali ini tercapai, menyamai rekod dilakar pada edisi 2014 di Glasgow.
Biarpun temasya sukan empat tahun sekali itu belum bermula, kontinjen negara dilanda 'badai' selepas dua prospek emas iaitu jaguh perseorangan lelaki badminton, Lee Zii Jia serta pemain skuasy wanita S. Sivasangari tidak dapat menjejakkan kaki ke Birmingham.
Zii Jia menarik diri dengan alasan jadual padat diharungi sejak kebelakangan ini, selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun pada 22-28 Ogos manakala malang menimpa Sivasangari setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya, bulan lepas.
Situasi itu menyebabkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil keputusan menurunkan sasaran awal tujuh emas kepada enam merangkumi acara angkat berat, badminton, boling padang, gimrama, powerlifting dan terjun.
Susulan ketiadaan Zii Jia, harapan utama skuad badminton kini dipikul pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul emas manakala beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah diharap mampu menamatkan kempen di Birmingham dengan cemerlang.
Peminat sukan tanah air juga mendambakan kilauan emas mampu diterjemah skuad terjun negara, lebih-lebih lagi dengan penampilan ratu terjun, Datuk Pandelela Rinong serta Nur Dhabitah Sabri.
Sekiranya Pandelela-Nur Dhabitah mampu mengulangi prestasi cemerlang pada Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary selepas berjaya mengatasi pencabar dari negara Komanwel untuk merangkul pingat gangsa acara 10 meter (m) platform seirama, pingat emas mungkin dalam genggaman mereka.
Pandelela-Nur Dhabitah tewas kepada pasangan China Quan Hongchan-Chen Yuxi yang meraih emas manakala perak menjadi milik gandingan Amerika Syarikat, Delaney Schnell-Katrina Young.
Pandelela juga berpeluang cerah untuk menambah koleksi pingat di Birmingham seandainya mampu melakukan terjunan terbaik seperti ditampilkan ketika meraih gangsa dalam acara 10m platform individu di Budapest.
Badang negara, Muhamad Aznil Bidin pula mengintai emas kedua berturut-turut di Sukan Komanwel di sini, selepas memenanginya di Gold Coast 2018 manakala tiga atlet gimrama, Izzah Amzan, Koi Sie Yan dan Ng Joe Ee, berpeluang meneruskan kejayaan diraih Amy Kwan Dict Meng, juga pada edisi lepas.
Gandingan emas di Gold Coast 2018, Siti Zalina Ahmad-Emma Firyana Saroji tampak menjadi sandaran utama skuad boling padang dalam usaha menaiki podium tertinggi di Birmingham.
Sukan Komanwel Birmingham 2022 turut menjadi pentas buat jaguh powerlifting serta juara bertahan Sukan Paralimpik Tokyo, Bonnie Bunyau Gustin yang akan bersaing dalam acara lightweight untuk melakar sejarah menjadi atlet para pertama negara membawa pulang emas pada temasya sukan tersebut.
Ketiadaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung terbuka April lepas, nampaknya bakal merencatkan buruan pingat emas skuad berbasikal di sini.
Namun, kelibat Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Muhammad Fadhil Mohd Zonis serta permata baharu skuad negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri boleh menghadirkan kejutan pada satu-satunya acara berlangsung di luar Birmingham iaitu di Lee Valley Velopark, London.
Tatkala fokus lebih diberikan kepada prospek emas negara, cabaran atlet lain seperti renang, olahraga, tinju, gimnastik artistik, judo, skuasy, ping pong, ragbi tujuh sebelah, bola keranjang para 3x3 dan triathlon tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja kerana tidak mustahil sesuatu di luar jangkaan mampu terhasil di sini.
Bertemakan 'Sukan Untuk Semua', temasya sukan selama 12 hari yang berlangsung sehingga 8 Ogos, menyaksikan kira-kira 6,500 atlet dan pegawai dari 72 negara bersaing merebut 1,875 pingat ditawarkan daripada 19 jenis sukan dan lapan sukan para di Birmingham.
Temasya sukan kali ini adalah kali ketiga England menjadi tuan rumah Sukan Komanwel selepas kali pertama menganjurkannya pada 1934 di London diikuti Manchester pada 2002.
Pada temasya Gold Coast 2018, kontinjen negara memenangi tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa manakala pencapaian terbaik Malaysia direkodkan pada New Delhi 2010 yang menyaksikan mereka cemerlang meraih 12 pingat emas.
Sudah tentu slogan 'Demi Malaysia' akan terus disemarakkan bagi melakar kejayaan yang akan mengharumkan nama negara dan sama-samalah kita mendoakan atlet kebangsaan dapat menampilkan aksi terbaik di Birmingham.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 27 2022
Jalur Gemilang berbentuk pin gergasi antara bendera negara-negara komanwel yang dipamerkan di pusat bandar yang menjadi tarikan pengunjung sempena temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. --fotoBERNAMA
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Tiga badang negara mungkin tidak sertai Sukan SEA Kemboja
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberikan bayangan bahawa tiga badang negara, berkemungkinan tidak akan menyertai Sukan SEA Kemboja 2023.
Atlet Selangor cemerlang di Sukan SEA, Komanwel 2022 terima insentif
Insentif disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis di Istana Alam Shah.
Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.
Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.
Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.
Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.
Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.
Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.