KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan Liga Suparimau antara pasukan Akademik MZ dan FCKL Eagles yang bersaing pada peringkat bawah 16 tahun (B16) kategori Tigers di Damansara di sini, Ahad lalu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kementeriannya akan mendapatkan laporan penuh daripada pihak berkepentingan sebelum memutuskan tindakan seterusnya terhadap insiden yang tular di media sosial itu.
Menerusi video yang tular di laman Facebook Afif Aizad Azman dan media sosial X 'Pemerhati Pengadil', pergaduhan itu kelihatan tegang dan bertambah parah apabila turut melibatkan pihak pengurusan dan waris kedua-dua pasukan sehingga mendatangkan kecederaan.
Liga Suparimau ialah program pembangunan bola sepak akar umbi untuk pemain berusia lima hingga 17 tahun anjuran bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Maxim Events.
"Saya melihat video itu, saya tidak gembira kerana ini semua pemain junior dan kejadian seperti ini berlaku. Ini adalah sesuatu yang kita tidak akan bertolak ansur.
"Jika perlu saya percaya laporan polis dibuat tetapi saya mengumpul maklumat terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan e-sukan Mas Tigers Arena of Valor di sini, pada Rabu.
Hannah berkata, memandangkan kementerian telah menerima komitmen daripada semua persatuan sukan untuk Kod Sukan Selamat (SSC), sesiapa sahaja yang menganjurkan acara sukan harus mematuhi kod tersebut tidak kira sukan berprestasi tinggi atau peringkat akar umbi.
Terdahulu, Hannah dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub menyerahkan bendera negara dan geran bantuan penyertaan pertandingan luar negara RM100,000 kepada pasukan Mas Tigers, yang menyertai Kejohanan Antarabangsa Honor of Kings 2023.
Sementara itu, pengurus pasukan Mas Tigers, Wong Kang Woon berkata pasukan itu menyasarkan kedudukan lapan terbaik dalam pertandingan yang digelar sebagai kejohanan dunia di Shanghai, China dari 22 Nov hingga 30 Dis dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$10 juta (kira-kira RM46.8 juta).
"Kami menerima tiket 'wild card' berdasarkan pencapaian pingat perak di Sukan Asia Hangzhou 2022. Kami telah mengekalkan enam pemain Sukan Asia dan memanggil tiga lagi pemain baharu kali ini, jadi harapan boleh mendapat kedudukan lapan terbaik daripada 26 pasukan," katanya.
Dalam majlis yang sama, pasukan itu turut menerima tajaan dalam bentuk barangan iaitu telefon mudah alih permainan daripada IQOO Malaysia dan bagasi daripada Eminent.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Hannah bergambar bersama pasukan Arena of Valor sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Sumbangan Geran Bantuan Sukan Elektronik bagi pasukan Arena Of Valor ke 'The Honor of Kings International Championships 2023' di MSN, semalam. --fotoBERNAMA
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Ahad – 06 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pergaduhan Liga Suparimau, Hannah beri amaran tindakan tegas
Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan Liga Suparimau.