PETALING JAYA: Pemain sayap kanan negara Muhammad Safawi Rasid mendedahkan beliau diberi peranan bebas di atas padang bersama Terengganu FC yang mampu menyerlahkan kehebatan dan kemampuan sebenarnya.
Muhammad Safawi yang dipinjamkan ke Terengganu dari Johor Darul Ta'zim (JDT) tahun ini menyifatkan perkara itu secara tidak langsung menyuntik keyakinannya sepanjang seminggu kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, sejak Jumaat lepas.
Selain itu, menurut beliau latihan pramusim skuad Penyu yang bermula awal juga telah membantunya bersedia untuk menjalani latihan bersama pasukan negara, menjelang dua aksi getir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman bulan ini.
"Untuk panggilan kali ini saya rasa lain sikit sebab dekat Terengganu saya boleh buat banyak apa yang saya nak dalam perlawanan, macam 'free role' (peranan tidak terhad pada satu posisi sahaja).
"Jadi saya rasa dengan keyakinan saya, latihan di Terengganu 'match fitness' (kecergasan perlawanan) tiada masalah bagi saya untuk rebut peluang lawan Oman," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.
Muhammad Safawi disenaraikan dalam skuad ke Piala Asia 2023 di Doha, Qatar, Januari lepas, namun tidak diturunkan dalam kesemua tiga perlawanan Kumpulan E masing-masing menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.
Sementara itu, beliau berkata perlawanan pemanas badan menentang Nepal yang dijadual berlangsung secara tertutup di Wisma FAM di sini, malam esok, penting untuk semua pemain sebelum berlepas ke Muscat, Ahad ini.
"Bagus untuk kami sebab sudah lama kami tiada 'match fitness', jadi saya rasa selepas kami ada sparring antara satu sama lain, (ditambah) perlawanan esok ia untuk kami dapatkan 'match fitness'," kata pemain berusia 27 tahun itu.
Malaysia yang menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata akan menentang musuh terdekat, Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada 22 Mac (2 pagi waktu Malaysia) dan aksi di tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac.
Selepas beraksi dua perlawanan menentang Oman, Malaysia dijadual bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun ini sebelum menamatkan saingan Kumpulan D menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Kyrgyzstan kini berkongsi tiga mata dengan Oman di kedudukan ketiga sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga dan mengesahkan tempat ke saingan Piala Asia 2027 sementara dua pasukan terbawah akan beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
![Peranan bebas di Terengganu suntik keyakinan Muhammad Safawi Peranan bebas di Terengganu suntik keyakinan Muhammad Safawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664257449_MuhammadSafawi.jpg)
Muhammad Safawi yang dipinjamkan ke Terengganu dari JDT tahun ini menyifatkan perkara itu secara tidak langsung menyuntik keyakinannya sepanjang seminggu kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, sejak Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
![Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719917975_TBNancyShukri.jpg)
Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara.
PTPS mudahkan tajaan pendidikan buat pelajar Sabah
Sebuah Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) bagi memudahkan proses permohonan tajaan pendidikan di negeri Sabah dilancarkan.
NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan permohonan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk menggunakan RM14 juta baki peruntukan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 negeri itu untuk pemberian bantuan banjir.
KBS bantu pembersihan SK Saint Therasa Inobong
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah pada Selasa mengerahkan tenaga badan bukan kerajaan (NGO) belia yang bernaung di bawah kementerian tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di SK Saint Theresa Inobong.
Dadah bernilai RM350 ribu dirampas di perairan Miri
Zon Maritim Miri telah berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah dipercayai jenis Methamphetamine atau syabu dalam satu operasi khas iaitu OP PERMAI yang melibatkan kerjasama Unit Risik Maritim Malaysia dan Zon Maritim Miri di perairan Miri, Sarawak pada pukul 5.15 pagi, Ahad lalu.
Kerajaan disaran tidak anggap NGO sebagai musuh - Pensyarah
Kerajaan disaran untuk tidak menganggap masyarakat dan gerakan sivil yang memperjuang hak komuniti Bajau Laut sebagai musuh.
Sebaliknya menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Dr Abdul Muqit Muhammad, kerajaan perlu memanfaatkan peluang dengan menambahbaik usaha yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Sebaliknya menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Dr Abdul Muqit Muhammad, kerajaan perlu memanfaatkan peluang dengan menambahbaik usaha yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Banjir Sabah: Hujan dan ribut petir di beberapa kawasan, APM siap sedia
Beberapa kawasan utama di Sabah antaranya Penampang, Putatan, Tuaran, Tawau dan Beaufort dijangka akan mengalami hujan dan ribut petir dari petang hingga ke malam ini.
![Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719913872_TBretnomarsudi.jpg)
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi lawat Malaysia mulai esok
Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia esok bagi mengeratkan lagi jalinan persahabatan kedua-dua negara.
AWANI Borneo [02/07/2024] – Banjir Sabah | Selaras tawaran agensi | Operasi maritim
Awani Borneo Selasa, 2 Julai 2024 bersama Nickyson Nyambar.
1. NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah.
2. Portal tajaan pendidikan Sabah dilancar.
3. Dadah bernilai RM350,000 dirampas di perairan Miri.
1. NADMA lulus RM14 juta peruntukan MTL Sabah.
2. Portal tajaan pendidikan Sabah dilancar.
3. Dadah bernilai RM350,000 dirampas di perairan Miri.
[TERKINI] Kementerian Luar pantau situasi Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat Malaysia
Kementerian Luar sedang memantau rapi perkembangan semasa di Timur Tengah. Mengambil kira perkembangan semasa, kerajaan komited pastikan keselamatan semua warganegara Malaysia terus terpelihara.
![Peranan bebas di Terengganu suntik keyakinan Muhammad Safawi Peranan bebas di Terengganu suntik keyakinan Muhammad Safawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664257449_MuhammadSafawi.jpg)
Peranan bebas di Terengganu suntik keyakinan Muhammad Safawi
Pemain sayap kanan negara Muhammad Safawi Rasid mendedahkan beliau diberi peranan bebas di atas padang bersama Terengganu FC yang mampu menyerlahkan kehebatan dan kemampuan sebenarnya.