Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan satu mesyuarat bersama anggota gabungan serta pasukan yang terlibat sebelum memutuskan untuk melaksanakan penswastaan Liga Malaysia.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata FAM tidak boleh mendahului pasukan dan anggota gabungan dalam melaksanakan penswastaan liga itu.
"Pasukan dah ahli gabungan wajib dirundingi terlebih dahulu dan mesyuarat agung luar biasa patut dipanggil untuk meluluskan penswastaan.
"Penswastaan bererti menjual hak untuk jangka panjang itu termasuk hak pasukan, ia mesti dirundingi bersama ... 70 peratus hak dari penswastaan mestilah kembali kepada pasukan," katanya dalam catatan di laman sosial Facebook pada Jumaat.
Beliau berkata beberapa perkara seperti peraturan perpindahan, hak tajaan lain, hak tangga gaji dan lain-lain perkara perlu diperincikan terlebih dahulu sebelum penswastaan liga dilaksanakan.
"Semua ini wajib dibentang hitam putih... satu perjanjian pemegang saham juga wajib diwujudkan. Ahli gabungan dan pasukan mesti bertegas dalam melindungi hak mereka dan FAM tidak boleh laksanakan penswastaan selagi semua perkara di atas terlebih dahulu disempurnakan," katanya.
Annuar berkata pihaknya akan mengemukakan syor rasmi kepada FAM selepas satu mesyuarat khas diadakan malam ini.
"Sekiranya syarat tidak memuaskan KAFA boleh membuat pilihan sama ada mahu menyertai penswastaan atau tidak, yang pasti FAM tidak boleh buat sesuka hati dan ahli pula harus sepakat," katanya.
Bernama
Sat Apr 25 2015
![Penswastaan liga: FAM perlu adakan mesyuarat bersama - Annuar Penswastaan liga: FAM perlu adakan mesyuarat bersama - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81365163043_295x200.jpg)
ANNUAR: FAM perlu adakan mesyuarat bersama tentang penswastaan liga. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Penyertaan Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO isu kerugian forex tidak sesuai Penyertaan Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO isu kerugian forex tidak sesuai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/41487519631_AnnuarMusa.jpg)
Penyertaan Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO isu kerugian forex tidak sesuai
Penyertaan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam siri jelajah penerangan UMNO mengenai kerugian Forex adalah tidak sesuai dan tidak diperlukan, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
![FAM perlu perubahan positif menerusi pucuk pimpinan baharu - Peter Velappan FAM perlu perubahan positif menerusi pucuk pimpinan baharu - Peter Velappan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446568751_MalaysiaFootballFe.jpg)
FAM perlu perubahan positif menerusi pucuk pimpinan baharu - Peter Velappan
Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata ini kerana, semua pihak mahu melihat perubahan itu dan pucuk pimpinan baharu FAM harus merealisasikannya.
![The Red Warriors terima 'Duit Raya' RM600,000 The Red Warriors terima 'Duit Raya' RM600,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71372492197_295x200.jpg)
The Red Warriors terima 'Duit Raya' RM600,000
Bonus itu sebagai penghargaan kepada barisan pemain yang bertungkus-lumus mengekalkan kejuaraan itu, sekali gus menaikkan nama pasukan.