Tatkala pemain Harimau Malaya berusaha keras mencari gol penyamaan dengan prestasi terbaik mereka menentang Arab Saudi, penonton pula mencemar kerancakan apabila membuat onar di Stadium Shah Alam, malam ini.
Pada perlawanan keempat Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Malaysia ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi sebelum perlawanan terpaksa dihentikan selama 30 minit.
Tindakan segelintir penonton melontar masuk suar, bom asap dan mercun roket ketika perlawanan berbaki dua minit, sememangnya mengundang masalah besar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sepatutnya mereka sebagai penyokong memberi peluang kepada pemain untuk mencuba sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan.
"Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku ketika pemain memberikan 200 peratus komitmen kepada perlawanan ini. Kemungkinan kita ada peluang untuk menyamakan kedudukan," kata pengulas bola sepak, Richard Scully, dalam siaran langsung Astro Arena.
Tindakan mereka boleh mengundang tindakan tatatertib ke atas FAM sekiranya Arab Saudi mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut jurucakap FAM, perlawanan Malaysia-Arab Saudi itu terpaksa ditangguhkan sehingga FIFA mengeluarkan kenyataan.
GALERI FOTO: Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Malaysia-Arab Saudi tercemar
BACA: Insiden baling suar memalukan, FAM gagal kawal keadaan - Khairy
Untuk rekod, AFC pernah mengenakan denda RM18,000 ke atas FAM pada 2009 selepas penyokong Kedah membakar mercun ketika sesi latihan kelab Muharraq dari Bahrain di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi aksi suku akhir kedua Piala AFC.
Bagi perlawanan malam ini, pujian perlu diberikan kepada barisan pemain pilihan pengendali sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.
Selepas tewas 10-0 ketika bertandang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), pemain negara berjaya mengekang asakan Arab Saudi dan mengikat pasukan yang dibimbing Bert Van Marwyk, 0-0 pada separuh masa pertama.
Dengan formasi 4-3-3, corak permainan skuad Harimau Malaya berubah wajah malam ini dengan menyaksikan rangkaian pemain melaksanakan tugas dengan baik sehingga berjaya menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-70 sebelum dibolosi dua kali dalam tempoh lima minit kemudian.
Bernama
Tue Sep 08 2015
![Penonton gugat peluang Harimau Malaya, cemar maruah negara Penonton gugat peluang Harimau Malaya, cemar maruah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441730756_950x600.jpg)
Menurut jurucakap FAM, perlawanan Malaysia-Arab Saudi itu terpaksa ditangguhkan sehingga FIFA mengeluarkan kenyataan. - Foto AFP
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
Belasungkawa: Nidza Afham dikebumikan di Puncak Alam
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Masjid Puncak Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723451938_TBMohdAzizi.jpg)
PRK Nenggiri diteruskan selepas Azizi tarik balik rayuan
Mohd Azizi menarik balik rayuan dibuat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan injunksi sementara bagi menghentikan PRK Nenggiri.
![Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723720349_Kebumi.jpg)
Jenazah Muhammad Nidza Afham selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Puncak Alam jam 6.30 petang tadi.
![Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723708198_TBFAhmi.jpg)
Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar - Fahmi
Proses libat urus Kementerian Kewangan dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan lancar.
![Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717543_tbAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Mahkamah arah bekas Pengarah Urusan BNS dirujuk pakar psikiatri
Mahkamah Sesyen mengarahkan bekas Pengarah Urusan BNS Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, dirujuk ke bahagian psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Negara-negara anggota OIC sepakat pendirian Malaysia kecam kekejaman zionis di Gaza Negara-negara anggota OIC sepakat pendirian Malaysia kecam kekejaman zionis di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721816864_MohamadHasanMesy.jpg)
Negara-negara anggota OIC sepakat pendirian Malaysia kecam kekejaman zionis di Gaza
Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepakat pendirian Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Rakyat Palestin.
![Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034 Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722837679_ArabSaudi.jpg)
Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.
![Operasi haji memuaskan, Arab Saudi anggap pengurusan TH terbaik - Mohd Na'im Operasi haji memuaskan, Arab Saudi anggap pengurusan TH terbaik - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696242263_TabungHaji.jpg)
Operasi haji memuaskan, Arab Saudi anggap pengurusan TH terbaik - Mohd Na'im
Perkara berkenaan dizahirkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara peribadi kepadanya baru-baru ini.
![Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi lawat Malaysia Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi lawat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721445870_AnwarIbrahim.jpg)
Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi lawat Malaysia
Semasa lawatan itu Dr Tawfiq dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan ahli sebuah badan pemikir terkemuka Malaysia.
![Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720934318_tbesukan.jpg)
Olimpik Esukan pertama akan berlangsung pada 2025 di Arab Saudi
IOC menandatangani persetujuan selama 12 tahun dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Arab Saudi untuk menganjurkan Olimpik Esukan.
![Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720669704_TBCrownPrinceGlob.jpg)
Arab Saudi luluskan reka bentuk menara sukan tertinggi dunia
The Global Sports Tower atau Menara Sukan Global akan menjadi mercu tanda penting dalam projek Sports Boulevard.
![Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715821710_SyedSallehSyedAbd.jpg)
Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh
Ini kerana setiap negara telah diperuntuk dengan keluasan tanah tertentu berdasarkan jumlah kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
![Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
![Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718838127_MohdNaimMokhtar.jpg)
Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Kesemua mereka bagaimanapun sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun 2024).
![Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718787782_Jemaahhajihilan.jpg)
Jemaah haji hilang di Mina sejak tiga hari lalu ditemui selamat
Seorang jemaah haji dari Puncak Alam di sini yang dilaporkan hilang di Mina sejak Ahad lalu ditemui dalam keadaan selamat.