KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon mengakui peningkatan ketara ranking skuad bimbingannya dalam tempoh singkat, adalah satu yang 'mengejutkan' sehingga beliau tidak tidur lena.
Berdasarkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia mendaki 20 anak tangga daripada kedudukan ke-154 meningkat kepada ke-134, kurang dua tahun selepas Pan Gon dilantik ketua jurulatih skuad kebangsaan pada Januari tahun lepas.
"Pasukan menunjukkan peningkatan yang hebat, dan kita capai ranking ke-134 sangat cepat. Sudah tentu, harapan sangat tinggi dan saya akui agak takut sehingga tidak dapat tidur.
"Saya malah tidak dapat tidur sebelum aksi final (berdepan Tajikistan) kerana semua fikir kita akan menang (Pestabola Merdeka 2023)," katanya pada sidang media pascaperlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 menyaksikan Malaysia tewas 0-2 kepada Tajikistan, semalam.
Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata kekalahan perit kepada skuad bimbingan Petar Segrt itu juga menjadi 'ujian kesetiaan' penyokong setia bola sepak tanah air terhadap pasukan kebangsaan.
Justeru, Pan Gon meminta agar rakyat Malaysia termasuk media tempatan untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan walau dalam apa jua keadaan dan keputusan diperoleh.
"Inilah masanya kita menunjukkan sokongan kepada para pemain dan diharapkan, media dan peminat boleh lakukan perkara sama. Jika mahu mengkritik, kritiklah saya (bukan pemain)," kata Pan Gon yang kecewa tidak dapat menebus kekalahan skuad negara kepada Tajikistan, tahun lepas.
Dalam aksi Piala Raja Thailand tahun lepas, skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Tajikistan menerusi sepakan penalti selepas terikat 0-0 sehingga tamat masa rasmi perlawanan.
Sementara itu, Pan Gon berharap skuad Harimau Malaya segera bangkit lebih kuat pada pusingan kedua Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia 2026 bulan depan.
Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan D apabila melayan kunjungan Kyrgyzstan pada 16 Nov sebelum berlepas ke Taiwan berdepan tuan rumah pada 21 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Pan Gon kecewa tidak dapat menebus kekalahan skuad negara kepada Tajikistan, tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.