KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Chan Peng Soon mahu tampil dengan corak permainan lebih agresif bersama Cheah Yee See pada cabaran Masters Malaysia yang akan bermula hari ini hingga Ahad.
Pemain berusia 34 tahun itu berkata beliau tidak mahu mengulangi kesilapan di Terbuka Malaysia pada minggu lepas apabila mereka terkandas seawal pusingan pertama di tangan pasangan Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas.
"Saya tengok balik perlawanan (Terbuka Malaysia) itu dan dapati masalah dari segi gaya permainan, mungkin saya fikir terlalu banyak sebab ini gandingan baharu jadi kombinasi lari.
"Masalah saya (ialah) main terlalu tenang dan tak cukup agresif, jadi harap minggu ini lebih agresif supaya gaya permainan itu pasti akan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Axiata Arena, di sini semalam.
Selasa lepas, impian pasangan yang baru digandingkan itu untuk mencipta kejayaan di tanah air tidak kesampaian selepas tewas 9-21, 21-12, 22-20 dalam tempoh 53 minit kepada Rinov-Pitha.
BACA: Jaguh beregu badminton negara, Chan Peng Soon lumpuh sebelah muka
Ketika ditanya tahap keserasiannya bersama Yee See pada kejohanan keempat mereka itu, pemenang perak Olimpik Rio itu berkata: "masih on off, tidak stabil lagi dan masih ada kekeliruan tapi akan kami cuba yang terbaik."
Mengulas lanjut, beliau berkata kejohanan itu adalah medan bagi mereka mencari rentak keserasian untuk tampil dengan aksi cemerlang di Sukan Komanwel Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.
"Untuk sekarang langkah demi langkah (mencari keserasian) tetapi paling penting sebenarnya di Sukan Komanwel, itu sasaran utama saya dalam menampilkan aksi lebih bagus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022

Chan Peng Soon (kanan) dan Cheah Yee See ketika beraksi menentang pasangan Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas pada 28 Jun lalu. - Foto Facebook/Badminton Association of Malaysia
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Siapa bakal jadi pengganti Peng Soon?
Walaupun Yee See sering bertukar pasangan ketika latihan, namun keputusan siapa yang layak bergandingan tidak boleh diputuskan dengan mudah.

Badminton Masters Malaysia: Dua beregu campuran profesional kandas dalam pusingan pertama
Dua beregu campuran profesional negara terkandas awal dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Malaysia.

Kami masih belum serasi - Peng Soon
Peng Soon-Yee See tewas kepada pasangan India Rohan Kapoor-Reddy Sikki pada satu-satunya peringkat suku akhir dicapai mereka.

Peng Soon mahu tampil agresif di Masters Malaysia
Beliau tidak mahu ulang kesilapan terkandas seawal pusingan pertama di tangan pasangan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas minggu lepas.

Valeree dipilih sebagai gandingan baharu Peng Soon
Pemain muda badminton negara Valeree Siow dipilih sebagai gadingan baharu Chan Peng Soon.

Liu Ying tidak mahu terlalu fikir komen negatif di media sosial
Goh dan Chan terkesan kerana gagal merealisasikan harapan memberi impak cemerlang pada temasya Olimpik kali ini walaupun sudah berusaha sebaik mungkin.

Olimpik Tokyo: Peng Soon-Liu Ying gagal lakar kebangkitan
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas 1-2 kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam aksi Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo.

All England: Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada pasangan bukan pilihan dari Jepun
Peng Soon-Liu Ying, pilihan ketiga kejohanan, jelas gagal menandingi kehebatan lawan apabila tewas dengan 21-14 di set pertama lagi.

Terbuka Thailand: Enam wakil Malaysia melangkah ke suku akhir
Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Liu Ying kekal komited buru slot ke Olimpik Tokyo
Goh Liu Ying merasa gembira selepas BAM sedia membantu dia dan rakan seberegu, Chan Peng Soon untuk memburu slot ke Olimpik.