Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melihat penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu peluang terbaik untuk dirinya, memperbaiki kelemahan yang ada.
Juara dunia keirin 2017 itu yang lebih mesra dengan panggilan 'Jijoe' dalam kalangan rakan sepasukan menegaskan perkara itu, kerana beliau sudah mempunyai 'resipi rahsia' untuk mencapai kejayaan, pada temasya sukan terbesar dunia itu nanti.
"Buat masa ini, saya dan jurulatih (John Beasley) serta pasukan akan merangka pelan perancangan baru, untuk persiapan Sukan Olimpik pada tahun hadapan.
"Yang pasti adalah, latihan kami akan tetap diteruskan seperti biasa, dan tiada istilah 'berbulan madu' walaupun kita semua dalam perintah berkurung sekarang," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp.
Anak jati Dungun, Terengganu ini yang kini berada di Melbourne, Australia mendedahkan, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Beasley berhubung program latihan di rumah, bagi memastikan dirinya kekal cergas sebelum menghadapi Sukan Olimpik 2020 pada tahun depan.
"Saya di rumah buat kerja rumah bersama anak-anak saya, memandangkan sekolah (di Melbourne) ditutup. Dalam waktu sama, saya masih berlatih di rumah jugak. 'Bodyweight workout' dan juga menggunakan 'kettlebells' untuk mengantikan latihan di gim, dan saya menggunakan 'wattbike' utk latihan kayuhan dan simulasi kayuhan di velodrom," jelasnya yang menjadi sandaran utama Malaysia memburu pingat emas sulung pada Sukan Olimpik 2020.
Mohd Azizulhasni berkata, beliau terpaksa menghadkan aktiviti senaman di rumah ketika ini, memandangkan kerajaan Australia mengarahkan penutupan semua kompleks sukan dan beberapa pusat membeli belah, bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 pada Selasa, mengambil keputusan untuk menangguhkan Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik 2020.
Keputusan itu dipersetujui menerusi sidang video yang diadakan di antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, dan Presiden IOC Thomas Bach, susulan penularan pandemik Covid-19 yang mencatat lebih 375,000 kes di seluruh dunia, iaitu hampir di setiap negara.
Ia merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, tetapi ia pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada tahun 1916, 1940 dan 1944.
Sukan Olimpik 2020 dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos, manakala Sukan Paralimpik 2020 bakal bermula 25 Ogos hingga 6 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, melihat penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu peluang terbaik untuk dirinya, memperbaiki kelemahan yang ada.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.