KUALA LUMPUR:Peminat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka mula dibenarkan menonton perlawanan di stadium dengan jumlah kehadiran maksimum tidak melebihi 4,000 penonton, di kawasan berisiko rendah bermula bulan depan.
Ia disambut baik beberapa kelab gergasi EPL dengan juara musim 2019-2020 Liverpool, bersedia bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan, selain Manchester United tampil dengan garis panduan ketat untuk memastikan keselamatan penonton berada di tahap tertinggi.
Pengumuman dibuat Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson itu, akan memberi impak positif kepada kewangan pasukan, menurut Pengerusi English Football League Rick Parry selepas kesemua kelab dilapor bakal menanggung kerugian kolektif 500 juta pound (RM2.7 billion), kesan COVID-19.
UK mencatat 11,299 kes baharu COVID-19 pada 26 Nov.
Bagaimanapun, UK bukan negara pertama yang bakal membenarkan kehadiran penonton ke stadium, malah negara seperti Perancis, Belanda, Itali, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China serta Vietnam, telah melaksanakan kelonggaran itu di negara masing-masing.
Berdasarkan perkembangan terkini global, kerajaan diharap dapat mempertimbangkan kebenaran kehadiran penonton ke stadium dalam skala kecil, jika penganjuran Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijadual bermula Februari tahun hadapan, mendapat 'lampu hijau'.
Difahamkan, keuntungan keseluruhan lebih RM7 juta hasil jualan tiket perlawanan termasuk pas bermusim selain barangan cenderamata di venue pertandingan, gagal dikutip kesemua 24 pasukan yang bersaing dalam Liga Super dan Liga Premier musim ini, akibat larangan kehadiran penonton di stadium.
Walaupun keselamatan dan kesihatan menjadi isu utama, juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) telah membuktikan penularan COVID-19 dalam kalangan penonton di stadium mampu diatasi, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Ia selepas tiada kes positif COVID-19 dilaporkan daripada seramai 100 individu yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara JDT dan Sabah pada 2 Okt lepas.
Bernama difahamkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telahpun mengorak langkah dalam usaha mendapatkan kebenaran penonton ke stadium seawal aksi Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, yang menjadi perlawanan pembuka tirai kempen Liga-M 2021.
Perancangannya adalah untuk memohon sehingga 300 penonton dengan pelaksanaan SOP yang ketat, namun seperti sedia maklum keputusan muktamad hanya terletak di tangan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kehadiran peminat ke stadium juga merancakkan kembali saingan Liga-M, sekali gus dapat menaikkan nilainya yang akhirnya mencapai pulangan atas pelaburan (ROI) lumayan.
Dilaporkan penaja utama Liga-M, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi anak syarikatnya TM Multimedia akan mengurangkan kira-kira RM10 juta daripada jumlah tajaan, sementara CIMB Group Holdings Berhad akan menarik tajaan sejumlah RM2 juta sebagai penaja utama, saingan Liga Super 2021.
Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia AirAsia yang menjadi syarikat penerbangan rasmi eksklusif Liga-M 2019 hingga 2020, turut dilaporkan tidak akan melanjutkan kerjasama itu untuk musim berikutnya.
Bagaimanapun, Bernama difahamkan masih tiada bukti hitam putih mengenai dakwaan pengurangan jumlah tajaan dan penarikan diri penaja, malah berdasarkan semakan dibuat mendapati badan pengelola Liga-M itu masih menampilkan logo syarikat tersebut, dalam hantaran terbaharu di laman rasmi MFL.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

MFL telah mengorak langkah dalam usaha mendapatkan kebenaran penonton ke stadium seawal aksi Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, perlawanan pembuka tirai kempen Liga-M 2021. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

PSG sedia angkat kaki dari Parc des Princes
Tahun lalu, PSG berkata akan mencari alternatif selepas Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memaklumkan stadium itu bukan untuk dijual.

Tujuh venue Piala Dunia 2022 antara gelanggang Piala Asia 2023
Temasya bola sepak terbesar Asia itu dijadual berlangsung 12 Jan - 20 Feb 2024 dengan perlawanan pembukaan dan akhir di Stadium Lusail.

Wanita akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium - Ketua Persekutuan Bola Sepak Iran
Di bawah tekanan badan induk dunia FIFA, larangan itu telah dilonggarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

'Nak bayar kos selenggara padang pun dah merungut' - TMJ
Ia selepas FAM tampil dengan cadangan mahu membantu pasukan Liga Malaysia untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium.

'Bakar suar nampak hebat dari sudut gambar... tapi...'
Stuart Ramalingam berkata perkara itu tetap melibatkan aspek tatatertib di bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis tidak pernah larang penyokong masuk stadium tonton perlawanan - Ketua Polis Perak
Polis tidak pernah mengeluarkan arahan melarang mana-mana penyokong bola sepak Perak untuk masuk ke dalam stadium bagi menonton perlawanan.

AFCON: 6 terkorban, 40 cedera dalam rempuhan di stadium
Kejadian berlaku semasa orang ramai berpusu-pusu memasuki Stadium Olembe di ibu kota Cameroon, Yaounde.

Berita baik untuk penyokong bola sepak tanah air, boleh hadir ke stadium bermula 29 Oktober ini
Kebenaran memasuki stadium bagaimanapun, tidak terpakai kepada kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun selaras dengan keputusan kerajaan.