Sokongan padu peminat bola sepak tempatan dan amanah ayahanda Sultan Johor adalah pendorong Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Menerusi laman Facebook Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, baginda berkata usaha untuk meningkatkan kembali mutu bola sepak tanah air bukan terletak kepada seorang individu semata-mata tetapi melibatkan kerjasama semua pihak.
"Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluang kita (rakyat). Inilah peluang kita untuk mengubah buat selama-lamanya dan kembalikan ia menjadi seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain yang berjaya.
"Saya tidak dapat menyelesaikanya sendirian. Ini bukan perancangan individu, dan jika saya ingin melakukannya, saya lakukannya bersama rakyat. Ini adalah masa untuk kita mempertingkatkan dan menuju ke hadapan bersama-sama," jelas baginda.
BACA: Presiden FAM: 'Kami pilih TMJ' - Netizen
BACA: Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa
Mengambil contoh pasukan JDT, Tunku Ismail menegaskan kerjasama erat dalam kalangan individu kelab berkenaan menjadi punca mereka dikenali di seluruh dunia.
"JDT adalah bukti yang jelas tetapi anda perlu memahami bahawa JDT adalah sebuah kelab. FAM adalah organisasi besar dengan langkah untuk mempertingkatkannya bukanlah untuk skuad kebangsaan pergi ke Piala Dunia tetapi ia perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membersihkan rumah kita dan untuk memperbaiki struktur persatuan," katanya.
Baginda pada masa sama menekankan pentingnya untuk anggota-anggota gabungan FAM bekerja keras membantu kelab mereka sendiri selain mengembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.
Tunku Ismail turut membuka peluang kepada mana-mana penyokong bola sepak untuk memberikan pandangan mengenai bola sepak sewaktu baginda berada di Kuala Lumpur, minggu depan.
Baginda bakal mewakili ayahanda baginda Sultan Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-245 yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula 22 Feb di Istana Negara.
Tunku Ismail bakal dicabar bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa untuk jawatan presiden FAM pada pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang diadakan serentak dengan Kongres Tahunan FAM ke-53 pada 25 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
Sokongan padu peminat bola sepak tempatan dan amanah ayahanda adalah pendorong TMJ menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.
'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya' - Tunku Ismail
Tunku Ismail memberikan bayangan kemungkinan satu kerjasama akan terbentuk bersama FAM dalam tempoh terdekat.
Tiada liga B-15, B-16 punca kegagalan pasukan muda - Pengarah Teknikal FAM
Pasukan akan terus bergelut untuk layak ke Piala Asia B-17 pada masa akan datang jika tiada platform bagi para pemain muda terbaik negara bermain perlawanan kompetitif secara tetap.