TEKA-teki siapakah jurulatih tempatan yang akan dipilih menjadi pembantu kepada Kim Pan-gon bagi membimbing skuad Harimau Malaya kini sedang hangat diperkatakan.
Difahamkan, terdapat tiga jurulatih senior yang juga 'nama besar' dalam arena bola sepak tanah air berada dalam senarai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengisi jawatan tersebut.
Antara nama jurulatih yang dikaitkan bagi mengisi kekosongan itu ialah bekas penyerang berbisa kebangsaan, Zainal Abidin Hassan yang kini menjadi 'ejen bebas' selepas tidak lagi membimbing Melaka United FC.
Bagaimanapun, FAM tampak masih belum bersedia menamakan individu bagi mengisi kekosongan tersebut tatkala calon masih sedang diteliti pengarah teknikal badan induk berkenaan, Scott O'Donell.
Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan tidak dapat diputuskan lagi sehinggalah ketibaan Pan-gon di Malaysia pada pertengahan Februari ini.
Beliau memberitahu, jurulatih kelahiran Korea Selatan berusia 52 tahun itu perlu berjumpa dengan bakal pembantunya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Kita susah ada nama calon bagi mengisi kekosongan tersebut tetapi tidak boleh didedahkan nama mereka. Selepas kita senarai pendek calon itu, kita akan beri kepada Pan-gon untuk buat keputusan kerana individu itu akan bekerja bersamanya nanti.
“Mungkin nama individu itu akan diketahui ketika sesi sidang media pertama bersama Pan-gon yang dijangka diadakan pada 16 Februari ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Ditanya mengenai antara kriteria ditetapkan FAM bagi menjawat jawatan itu, Saifuddin berkata, individu terbabit harus mempunyai minat untuk membimbing skuad kebangsaan selain mempunyai pengalaman yang luas mengenai bola sepak tempatan.
“Kita tiada letak ciri-ciri spesifik. Tidak kisahlah dia tua atau muda... yang penting dia ada pengalaman dan berminat untuk bersama Pan-gon bimbing skuad kebangsaan.
“Takut nanti kalau kita letak ciri-ciri spesifik, Pan-gon pula tidak berminat dengan calon tersebut susah pula,” ujarnya yang memaklumkan O'Donell turut bertanggungjawab dalam pemilihan itu.
Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar menafikan beliau telah menghantar permohonan kepada FAM bagi mengisi jawatan tersebut.
Sambil menyifatkan berita tersebut hanya khabar angin di laman media sosial, Hairuddin berkata, beliau mahu memberi fokus kepada jawatannya kini sebagai penolong kepada jurulatih TFC, Nafuzi Zain.
“Ia hanya ura-ura, saya tidak dapat tawaran lagi setakat ini. Malah, saya juga masih ada kontrak bersama TFC. Jadi sekarang saya hanya mahu fokus kepada tugas saya sebagai penolong jurulatih TFC,” jelasnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022

Pang-gon dijangka melaporkan diri bagi menggalas jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya pada pertengahan Februari ini. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.

Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.

FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya sokongan padu peminat tanah air terhadap pasukan bola sepak negara tetap utuh meskipun Kim Pan Gon tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya.

Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula
Walaupun tidak lagi bekerjasama dalam skuad Harimau Malaya, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akan tetap memegang kata-kata bekas pengendali, Kim Pan-gon.

Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.

Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA
Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan peletakan jawatan Kim Pan-gon.

Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan.

Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi
Sekiranya Pau gagal dalam dua kejohanan terdekat, cadangan pencarian jurulatih 'fresh' yang disarankan Tengku Ismail bakal dipertimbangkan.

AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon
AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.