Polis hari ini mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bola sepak wanita Myammar selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata polis menerima aduan mengenai kehilangan jam yang ditinggalkan di dalam bas yang membawa pemain bola sepak wanita Malaysia ke Stadium UiTM di sini pada kira-kira pukul 10 malam semalam sebelum menahan lelaki berusia 26 tahun itu.
"Siasatan polis mendapati jam jenama Swatch edisi Khas Olimpik Rio 2016 berkenaan telah diambil oleh suspek, polis turut menemui semula jam tangan berkenaan di dalam bas yang dipandu oleh suspek." katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kata Shafien, suspek kini direman sehingga Ahad ini (20 Ogos) dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
"Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah," katanya.
Semalam, tular di laman sosial Facebook mengenai penahanan pemandu bas berkenaan sekali gus menyebabkan kelewatan skuad futsal wanita Myanmar untuk pulang ke hotel penginapan pemain selepas perlawanan menentang Malaysia semalam.
Mengulas isu itu, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dalam kenyataan media hari ini menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya.
"MASOC juga ingin menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan berkenaan dengan KL2017, terutamanya berkenaan dengan keselamatan kontinjen, " menurut kenyataan itu.
"MASOC juga telah mengeluarkan amaran khas kepada kontraktor atau operator pengangkutan KL2017 untuk membuat saringan semula yang lebih ketat ke atas para pemandu dan petugas mereka agar benar-benar bersih daripada sebarang kesalahan.
"Jika gagal, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, seperti penamatan kontrak serta-merta," menurut MASOC.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2017
Semalam, tular di laman sosial Facebook mengenai penahanan pemandu bas berkenaan sekali gus menyebabkan kelewatan skuad futsal wanita Myanmar untuk pulang ke hotel penginapan. - Foto Facebook
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.