KUALA LUMPUR: Peminat tempatan boleh menjangkakan pertarungan sengit pada Kejohanan Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 23 hingga 28 Mei ini, yang bakal disertai para pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kejohanan Super Jelajah Dunia 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu merupakan Jelajah Dunia pertama menawarkan mata ranking untuk Paris 2024.
"Ia adalah kejohanan yang sangat berharga untuk pemain mendapatkan mata ranking bagi kelayakan Olimpik, terutama dalam perseorangan lelaki, kebanyakan 10 pemain terbaik dunia akan bermain," katanya pada sidang media kejohanan itu, di sini, hari ini.
Berlangsung selepas Piala Sudirman yang dijadualkan pada 14-21 Mei di Suzhou, China, Masters Malaysia 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai USD420,000 (hampir RM1.86 juta) serta mata kelayakan Olimpik 'Race to Paris', dijangka disertai lebih 300 pemain badminton elit dari seluruh dunia.
Mohamad Norza, pada masa sama, menyeru pemain negara memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah dan sokongan daripada peminat tempatan untuk mempamerkan persembahan cemerlang bagi meraih mata kelayakan itu.
"Saya rasa mereka tahu, terutama 10 pemain terbaik kita yang merupakan sebahagian daripada Program 'Road To Gold' (RTG), pendekatan untuk membantu mereka pada peringkat tertinggi. Dan ini sepatutnya menjadi motivasi kepada mereka.
"Sekiranya mereka mahu meneruskan sokongan ini, mahu kita meletakkan banyak lagi pelaburan kepada mereka, pemain seharusnya mempamerkan aksi yang setimpal dengan mengambil peluang," katanya yang turut menyeru rakyat Malaysia untuk hadir memberi sokongan padu kepada pemain badminton negara.
Beliau juga memaklumkan tiada peningkatan harga tiket dan peminat boleh membeli tiket secara dalam talian di www.ticket2u.com.my mulai 20 April.
Tahun lepas tiket Masters Malaysia dijual antara RM20 hingga RM460.
Kali terakhir pemain tempatan menjuarai kejohanan itu ialah pada edisi 2017 di Sibu, Sarawak, apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengungguli saingan beregu campuran, manakala Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan perseorangan lelaki kelimanya setahun sebelum itu di Pulau Pinang.
Pemenang Masters Malaysia 2022:
Perseorangan lelaki: Chico Aura Dwi Wardoyo (INA)
Perseorangan wanita: An Se Young (KOR)
Beregu lelaki: Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA)
Beregu wanita: Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN)
Beregu campuran: Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (CHN)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Tahun lepas tiket Masters Malaysia dijual antara RM20 hingga RM460. - Gambar Bernama
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Roy King-Arif sedia hadapi Terbuka Malaysia 2025
Roy King tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat, sambil menyifatkan ia memberi suntikan motivasi untuk beraksi lebih baik.
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Penghargaan Bin Shen buat BAM, pemain
Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menyifatkan tempoh empat tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.
Badminton: Sze Fei-Nur Izzuddin kini beregu lelaki nombor satu negara
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia.
Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia
Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan muncul sebagai naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China.