KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, yang juga calon Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pengurus pasukan badminton 'Road to Gold' (RTG) ke Olimpik Paris 2024, sudah pun mempunyai satu tugas mencabar untuk dilaksanakan.
Selain membantu barisan pemain mendapat persiapan dan sokongan terbaik bagi menghadapi temasya berprestij dunia tersebut, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu turut mahu mengubah minda pemain zaman ini supaya tidak terlalu manja.
Bekas pemain nombor satu dunia berusia 41 tahun itu berkata keadaan dan mentaliti pemain pada masa kini sangat berbeza berbanding ketika beliau bergelar pemain, yang membantunya menjadi antara pemain berkelas dunia.
"Sekarang apa paling susah adalah jurulatih, kerana apa-apa kena bincang dengan pemain dahulu. Dulu jurulatih tak pernah bincang dengan saya, kalau awak mahu berlatih awak berlatih, kalau tak mahu, awak balik. Tetapi kini sangat berbeza.
"Saya mahu mula tukar pemikiran pemain sekarang, kita tak boleh manja sangat, kena keras sikit. Kalau manja sangat, dia rasa BAM (Persatuan Badminton Malaysia) yang perlukan dia, bukannya dia perlukan BAM. Ini sesuatu yang perlu ada keseimbangan," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia di sini.
Beliau yang pernah meraih pingat perak kejohanan dunia sebanyak tiga kali, turut menekankan bahawa disiplin menjadi kunci utama untuk bergelar atlet berkelas dunia.
"Satu dunia tahu pertama perlu disiplin, kalau tak ada disiplin, tak boleh jadi pemain terbaik. Bagaimana untuk jadi berdisiplin, banyak cara, seperti bangun awal pagi (untuk latihan).
"Secara keseluruhannya, masa sebagai seorang atlet sangat singkat, bagaimana anda hendak kekalkan (prestasi) dalam beberapa tahun ini sangat penting," katanya.
Sementara itu, Chong Wei turut mengingatkan semua atlet yang disenaraikan dalam Program RTG dan menjadi prospek untuk layak ke Olimpik, supaya lebih berhati-hati, mendapatkan rehat secukupnya dan fokus dalam latihan, untuk mengelak kecederaan.
Beliau berkata dengan tempoh kelayakan bagi badminton agak mencabar memandangkan ia berlangsung untuk tempoh setahun bermula 1 Mei ini, adalah penting untuk pemain bebas kecederaan dan mempamerkan prestasi konsisten dalam semua kejohanan disertai.
"Setiap kejohanan mencabar kerana setiap negara mahu layak ke Olimpik dan juga berebut kedudukan 'seeding'. Sangat penting untuk elak pemain-pemain tertentu. Saya boleh kata Olimpik ialah impian semua, hanya empat tahun sekali, ia adalah pertandingan besar, jadi perlu mula fokus," katanya.
Pada masa sama, beliau juga sedang merangka strategi untuk membantu Malaysia mempunyai dua wakil dalam acara perseorangan lelaki, dengan pemain profesional Lee Zii Jia menjadi tonggak utama, manakala Ng Tze Yong turut diharapkan untuk melayakkan diri.
Chong Wei juga berjanji untuk berusaha keras membantu skuad negara membawa pulang emas pertama negara pada temasya Paris 2024, yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.
Semalam, BAM mencadangkan kepada Jawatankuasa RTG untuk melantik Chong Wei sebagai pengurus pasukan badmitnon RTG ke Paris 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Chong Wei mahu mengubah minda pemain zaman ini supaya tidak terlalu manja. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Paralimpik Paris 2024: Chong Wei beri 'tabik spring' buat kontinjen negara
Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah kepada kontinjen para negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

'Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama' - Lee Chong Wei
PERKONGSIAN mencuit hati legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengenai perpaduan kaum di Malaysia sekali lagi mencuri perhatian.

Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."

Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.

Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.

Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.