KUALA LUMPUR: Ketiadaan tiga tonggak utama untuk berdepan Thailand pada awal pagi Rabu ini, agak merisaukan Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe, namun beliau percaya mana-mana pemain yang diberikan peluang boleh memberikan aksi yang baik.
Pemain pertahanan kiri La'Vere Corbin-Ong, pemain tengah Syamer Kutty Abba dan pemain sayap Mohamadou Sumareh yang menjadi tonggak utama skuad kebangsaan, digantung daripada bermain pada aksi terakhir Kumpulan G selepas menerima dua kad kuning dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
"Ketiadaan Corbin-Ong di bek kiri akan sedikit sebanyak menjejaskan benteng pertahanan negara. Kita kena sediakan kesebelasan terbaik untuk aksi Thailand ini, kami barisan kejurulatihan sedang berbincang mengenai perkara itu.
Saya yakin pemain-pemain lain juga mahu mempamerkan aksi terbaik jika diturunkan nanti. Walaupun Thailand turun tanpa beberapa pemain bintang, mereka ada banyak pemain muda berkualiti baik yang perlu diawasi," katanya menerusi sidang media secara maya dari Dubai, pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau meminta anak buahnya untuk mempamerkan aksi lebih meyakinkan dan bersemangat menentang Thailand untuk menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga bagi mengelakkan aksi "playoff" ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia, selepas terlepas peluang ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan kelayakan automatik ke Piala Asia.
Sementara itu, walaupun bapanya, Tan Chooi Siak, 95, meninggal dunia kerana sakit tua pada Jumaat lepas, lebih kurang 12 jam sebelum aksi menentang Vietnam, Cheng Hoe berkata beliau memilih untuk meneruskan perjuangan bersama skuad kebangsaan.
"Setiap hari saya kena fokus kepada pasukan. Walaupun kehilangan orang tersayang, disebabkan tugas dan tanggungjawab sebagai jurulatih saya tak boleh tinggalkan pasukan pada waktu ini.
Dalam keadaan itu, sesiapa pun akan berasa sedih, tetapi saya kena pikul tanggungjawab demi negara. Saya ada berhubung dengan ahli keluarga, mereka katakan 'teruskan tanggungjawab di sini.' Segala urusan kematian ayah saya serah kepada ahli keluarga uruskan," katanya.
Dalam pada itu, pemain muda Arif Aiman Mohd Hanapi yang membuat penampilan pertama sebagai pemain gantian menentang Vietnam awal pagi semalam, tidak mahu terlalu terbuai-buai dengan pujian yang diterimanya.
Malah, pemain berusia 19 tahun itu yang gembira impiannya untuk beraksi dengan skuad Harimau Malaya sudah tercapai, mahu terus mempamerkan prestasi yang baik jika mendapat kepercayaan Cheng Hoe untuk diturunkan menentang Thailand.
"Buat masa ini saya tak meletakkan harapan tinggi untuk dibariskan dalam kesebelasan utama, namun jika diturunkan saya akan beri yang terbaik.
Saya nak timba pengalaman untuk mengharungi cabaran untuk bermain di peringkat antarabangsa yang lebih tinggi. Awal-awal memang saya rasa gementar kerana tak pernah beraksi dalam perlawanan antarabangsa tetapi kini sudah ada keyakinan selepas mula beraksi," katanya.
Selepas tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-4 dan Vietnam 1-2, Malaysia menduduki tangga keempat Kumpulan G dengan sembilan mata daripada tujuh perlawanan.
Vietnam yang mengekalkan rekod tanpa kalah, kekal di tangga teratas kumpulan dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan, diikuti UAE (15 mata) dan Thailand (sembilan), manakala Indonesia kekal di tangga tercorot dengan satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Cheng Hoe meminta anak buahnya untuk mempamerkan aksi lebih meyakinkan dan bersemangat menentang Thailand. -fotoBERNAMA
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
EURO 2024: Deschamps tak gusar prestasi hambar Mbappe
Pengendali Perancis Didier Deschamps tampil mempertahankan kapten dan pemain bintangnya, Kylian Mbappe selepas kritikan dilemparkan terhadap persembahan penyerang itu di Euro 2024.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Empat individu menjadi taruhan beliau dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Barcelona B.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam
Misi skuad tanah air diteruskan dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 Disember (Ahad) dalam peringkat kumpulan.
Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya genggam tiga mata pertama, baham Kemboja 3-1
Skuad Kemboja tidak menamatkan perlawanan dengan tiada sebarang gol, selepas hasil jaringan penalti pada minit ke-90 oleh Sath Rosib.
Takiyuddin tidak hadir Parlimen, disahkan positif COVID-19
Perkara itu disampaikan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika bangkit untuk menjawab soalan.
Cools, Luqman dipanggil sertai Harimau Malaysia bertemu Jordan, Uzbekistan
Skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara tuan rumah 6 Oktober sebelum bertemu Uzbekistan tiga hari kemudian.
Jordan, Uzbekistan pilihan tepat uji Harimau Malaya - Cheng Hoe
Ia di kala ada yang beranggapan skuad negara perlu bertemu pasukan kerdil untuk membina semula selepas gagal ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 Jun lalu.
Hak prerogatif Cheng Hoe tentukan pemilihan pemain - Dollah
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe perlu diberi ruang sepenuhnya menggalas tanggungjawab membimbing skuad Harimau Malaya, terutama dalam aspek pemilihan pemain.
Kedudukan Cheng Hoe masih selamat
Ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe masih diberi mandat untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadual tahun depan.