LUIS Enrique beri amaran kepada pemainnya bahawa mereka tidak mempamerkan watak selaku pencabar kejuaraan LaLiga musim ini selepas mencatat keputusan 1-1 berdepan Real Madrid dalam pertembungan El Clasico di Nou Camp.
Barca ketinggalan enam di belakang Real Madrid menuju ke pertembungan pada Sabtu namun dilihat mampu merapatkan jurang dengan kemenangan menerusi jaringan Luis Suarez di awal babak kedua.
Lionel Messi dan Neymar mensia-siakan peluang menggandakan jaringan sebelum Sergio Ramos menghukum The Catalans menerusi gol penyamaan di minit ke-90.
Pengendali Barca, Luis Enrique, jelas tidak berpuas hati dengan kegagalan kelab itu untuk mengutip tiga mata di laman sendiri dan menegaskan mereka tidak boleh melakukan kesilapan jika mahu menewaskan skuad kendalian Zinedine Zidane.
"Di babak kedua pemain saya lebih mudah untuk membuat hantaran," Enrique memberitahu wartawan ketika sesi sidang media.
"Kami mengawal permainan; kami tidak terkesan dengan sebarang 'counter-attack' oleh Real Madrid. Kami mendapat dua peluang keemasan menerusi Leo Messi dan Neymar namun dalam soal bola sepak keadilan tidak pernah wujud.
"Apa sekalipun, kami sepatutnya meledak gol kedua perlawanan. Di minit akhir, Real yang berjaya menemukan jawapan.
"Kami perlu memperbaiki aksi terutamanya di laman sendiri kerana kami masih jauh daripada sasaran sebenar," ujarnya.
Tambahnya, ketika ini mereka perlu memenangi kesemua baki perlawanan jika mahu mengatasi Real Madrid.
"Pemain perlu bermain sehingga tiupan wisel penamat dibunyikan, jika perlawanan ini berakhir pada minit ke-89 sudah tentu tiga mata menjadi milik kami."
Astro Arena
Sun Dec 04 2016

ENRIQUE: Tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Saya amat kagum dengannya - Pele ucap tahniah selepas Messi samai rekod
Messi menjaringkan golnya yang ke-643 bersama Barca ketika terikat 2-2 dengan Valencia dalam perlawanan LaLiga di laman sendiri malam tadi.

Neymar mahu kembali ke Barcelona
Bagaimanapun menurut naib presiden FC Barcelona, tiada komunikasi dibuat antara penyerang PSG itu dengan pengurusan kelab.

Valverde beri peringatan kepada pemain Barcelona
Ernesto Valverde memberikan peringatan kepada pemain-pemain Barcelona cabaran yang menanti mereka selepas merangkul gelaran LaLiga, semalam.

Sentuhan emas Messi bantu Barcelona raih gelaran La Liga ke-26
Lionel Messi memastikan Barcelona merangkul gelaran ke-26 La Liga selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Levante.

Iniesta ucap selamat tinggal
Andres Iniesta mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona awal pagi tadi sekali gus mengakhiri karier 22 tahun bersama kelab itu.

Salah sukar dikekang seperti Messi, kata pengurus Watford
Javi Gracia terpaksa menelan kepahitan sambil membandingkan Mohamed Salah dengan bintang Barcelona, Lionel Messi, selepas skuad kendaliannya, Watford, diratah Liverpool, semalam.

Neymar tidak akan kembali ke Barcelona
Pengurus Barca, Ernesto Valverde, menyifatkan dirinya tidak tahu apa-apa mengenai laporan bahawa Neymar akan kembali ke Camp Nou.

Ronaldo 'mengamuk' gaji Messi lebih tinggi
Christiano Ronaldo dilaporkan menunjukkan reaksi yang marah dengan perjanjian baharu Lionel Messi di Barcelona.

Tiada peminat Barca dalam kunjungan ke Atletico
Barca akan membuat kunjungan ke Madrid tanpa peminat selepas rehat antarabangsa pada 14 Oktober ini.

Pemain gagal pamer watak selaku pencabar - Enrique
Luis Enrique beri amaran kepada pemainnya bahawa mereka tidak mempamerkan watak selaku pencabar kejuaraan LaLiga musim ini.