PELE mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi kerana menyamai rekod jaringan bersama kelab tunggal miliknya sambil berkata dia amat mengagumi bintang Barcelona itu.
Messi menjaringkan golnya yang ke-643 bersama Barca ketika terikat 2-2 dengan Valencia dalam perlawanan LaLiga di laman sendiri malam tadi.
Pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu menyamai rekod Pele, yang menjaringkan 643 gol sepanjang 656 penampilannya bersama Santos dari 1956 hingga 1974.
Pele, yang diiktiraf sebagai pemain terbaik pernah dilihat dalam sukan itu, mengirimkan ucapan pernghargaannya buat Messi dalam Instagram.
"Apabila hati anda dipenuhi dengan rasa sayang, amat sukar untuk mengubah haluan," tulis legenda Brazil itu.
"Seperti anda, saya tahu bagaimana rasa sayangnya untuk memakai baju yang sama setiap hari. Seperti anda, saya juga tahu tiada yang lebih baik daripada tempat yang kita rasakan seperti berada di rumah.
"Tahniah atas rekod bersejarah anda Lionel. Tetapi yang lebih penting, tahniah atas karier terindah anda di Barcelona.
"Kisah seperti kita, tentang menyayangi kelab yang sama buat sekian lama, malangnya ia akan menjadi semakin langka dalam bola sepak.
"Saya amat mengagumi anda, @leomessi."
Selepas sepakan penalti awalnya diselamatkan Jaume Domenech, Messi memperoleh jaringan bersejarah itu menerusi hantaran lintang yang ditanduk masuknya dari jarak dekat.
Jaringan itu merupakan gol tandukan pertamanya sejak Mac 2017, manakala dia juga gagal menyudahkan sepakan penalti buat kali pertama sejak Februari tahun lalu.
Lebih menarik, jaringan terbarunya itu merupakan golnya yang ke-450 dalam saingan LaLiga, sekali gus menjadikannya pemain pertama mencapai angka itu bersama kelab tunggal dalam lima liga utama Eropah.
Astro Arena
Sun Dec 20 2020

Messi menjaringkan golnya yang ke-643 bersama Barca ketika terikat 2-2 dengan Valencia dalam perlawanan LaLiga di laman sendiri malam tadi. - Gambar fail/BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Messi sasar Piala Dunia 2026, kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni
Messi dan rakan-rakannya sedar masih ada masa yang munasabah dan mereka semua bersemangat untuk bermain di Piala Dunia.

Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.

Biden akan anugerah Pingat Kebebasan Presiden kepada Messi, Wintour dan Bono
Joe Biden akan menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden kepada 19 tokoh terkenal beberapa hari sebelum tempoh pentadbirannya berakhir.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.

MLS: Lionel Messi sambar Anugerah Pemain Paling Bernilai
LIONEL Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.

Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.

Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.

Messi sokong rakan senegara menang Ballon d'Or
LIONEL Messi menyokong rakan senegaranya, Lautaro Martinez, untuk memenangi Anugerah Ballon d'Or tahun ini.

Piala Dunia 2026: Kempes sokong Lionel Messi ketuai cabaran Argentina pada usia 39 tahun
Kehadiran Messi mampu memberikan pengaruh yang signifikan terhadap penampilan keseluruhan pasukan La Albiceleste di Piala Dunia nanti.

Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.