Pendedahan mengenai beberapa pemain Denmark pernah berguru dengan Datuk Misbun Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri tidak harus dijadikan isu di sebalik kekalahan skuad Piala Thomas Malaysia kepada negara itu, baru-baru ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata adalah keterlaluan untuk mengatakan kejayaan itu hasil latihan yang diterima pemain Denmark daripada Misbun kerana mereka hanya menghabiskan masa beberapa hari bersama bekas jurulatih negara itu.
"Ia bukan satu isu kerana mereka bukannya berlatih di situ, sebaliknya cuma meluangkan masa beberapa hari bersama Misbun di kelab itu sebelum menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia, bulan lepas.
"Saya fikir perkara ini hanya diperbesar-besarkan...mereka meluang masa beberapa hari dengan Misbun, itu tidak bermakna anda boleh mengatakan mereka berlatih di bawah beliau dan beliau adalah jurulatih mereka," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kementerian itu dengan Kumpulan DRB-Hicom di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan media bahawa di sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat kali pertama, Ahad lepas, wujudnya 'sentuhan' Misbun yang menjadi 'guru' kepada beberapa pemain pasukan itu.
Antara pemain berkenaan termasuk wira yang menyumbang mata kemenangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen.
Lebih memilukan, skuad Malaysia yang diketuai jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei tumpas 2-3 di tangan Denmark di separuh akhir, sekaligus gagal mengulangi pencapaian tempat kedua di New Delhi, India, dua tahun lepas.
Mengenai andaian bahawa Misbun membantu Denmark dalam kejayaan itu, Khairy berkata Misbun bebas melatih sesiapa sahaja kerana bukan berada di bawah struktur Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malah, katanya sebagai kelab persendirian, Nusa Mahsuri juga bebas dan boleh melatih sesiapa sahaja yang mengunjungi kelab itu jika mereka mahu berbuat demikian.
Beliau berkata isu pemain berlatih dengan pihak luar daripada persatuan bukan satu perkara besar kerana beberapa pemain Malaysia yang beraksi di Kunshan, China seperti Chong Wei Feng dan Koo Kien Keat juga datangnya dari kelab persendirian.
Dalam pada itu, Khairy berkata kenyataannya mengenai khidmat Chong Wei masih diperlukaan untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018 adalah lebih kepada 'pilihan taktikal' bukannya satu kemestian.
"Saya hanya menyebut beliau sebagai satu kemungkinan pilihan taktikal.
Saya tidak berkata saya mahu beliau kekal. Ia adalah kemungkinan pilihan taktikal, untuk perseorangan ketiga jika diperlukan, itu sahaja," katanya.
Bernama
Tue May 24 2016
pemain Denmark hanya menghabiskan masa beberapa hari dengan Misbun. - Gambar fail
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.
'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.
Cabaran Soon Huat-Shevon di Jepun terhenti
Pasangan nombor 10 dunia itu terpaksa akur tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.
Masters Jepun: Soon Huat-Shevon Lai mudah isi slot ke separuh akhir
Dalam set pertama, pasangan Malaysia ini memimpin perlawanan 11-7 sebelum pasangan Jepun menyamakan kedudukan seketika kepada 12-12.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.
Badminton Masters Indonesia: K Letshaana mara ke final
Pemain perseorangan wanita negara, K Letshaana, melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Indonesia.
'Saya bersih' - Kian Meng nafi atur perlawanan
Beliau menjelaskan isu tersebut di laman sosialnya selepas tercetus dakwaan yang mengaitkannya dengan gejala tidak bermoral berkenaan.