Sejarah baharu tercipta pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 selepas pelumba Rusia, Artem Ovechkin memenangi Jersi Kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan bagi pasukan dari Malaysia pada perlumbaan berbasikal itu yang mula diperkenalkan pada 1996.
Ovechkin yang mewakili Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG), merangkul jersi berkenaan walaupun menamatkan saingan di tempat ke-37 daripada 104 pelumba pada saingan peringkat akhir LTdL 2018 hari ini dari Dataran Rembau ke Dataran Merdeka, melibatkan jarak 141.1km.
Beliau mencatat masa keseluruhan 32 jam 06 minit dan 45 saat selepas berakhir saingan peringkat akhir perlumbaan berbasikal berprestij di Asia itu.
Pelumba Itali, Andrea Guardini daripada pasukan Bardiani-CSF memenangi perlumbaan hari ini, yang merupakan kemenangan kelima di Dataran Merdeka, selepas menjuarai saingan berkenaan di venue sama pada 2011, 2014, 2015 dan 2016.
Pencapaian tersebut juga menyaksikan Andrea meraih Jersi Hijau selaku Raja Pecut buat kali keempat pada saingan LTdL, selepas mengumpul keseluruhan 61 mata. Beliau pernah memenangi jersi berkenaan pada 2011, 2012 dan 2016.
Pelumba Colombia, Alvaro Duarte daripada pasukan Forca Amskins Racing, pula memenangi Jersi Merah Polka Dot sebagai Raja Bukit setelah mengumpul 43 mata, selepas berakhir lapan peringkat perlumbaan tersebut.
Pelumba Kazakhstan, Yevgeniy Gidich yang mewakili Astana Pro Team, dalam pada itu, meraih Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia, selepas mencatat keseluruhan 32 jam 07 minit dan 47 saat, manakala pasukannya muncul Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia apabila merekod masa 96 jam 23 minit dan 52 saat.
Bercakap kepada pemberita, Ovechkin yang memenangi Jersi Kuning semasa perlumbaan di Cameron Highlands, Khamis lepas, berkata perlumbaan hari ini agak mencabar kerana beberapa pakar pecut saling mendahului perlumbaan, namun beliau gembira dapat mengekalkan jersi berkenaan sehingga tamat saingan.
"Saya gembira dapat memenangi jersi berkenaan untuk TSG yang merupakan antara pasukan Malaysia bersaing pada perlumbaan tahun ini, dan saya mahu mendedikasikan kemenangan ini kepada kesemua rakan sepasukan, jurulatih dan pihak pengurusaan pasukan yang berusaha tanpa kenal penat lelah," katanya.
Dalam pada itu, Guardini juga sangat gembira dapat meneruskan rentak kemenangan di Dataran Merdeka, selain meraih Jersi Hijau buat kali keempat.
"Kemenangan di Dataran Merdeka sangat istimewa buat saya, dan saya memberitahu diri sendiri agar tidak kalah pada perlumbaan hari ini di venue yang sama.
"Saya sangat gembira memenangi perlumbaan hari ini walaupun tidak berpeluang menikmati pemandangan indah di Menara Berkembar Petronas sejak kemenangan peringkat pertama saya di sini pada 2011," kata Guardini yang sudah memenangi 24 peringkat perlumbaan LTdL.
Untuk rekod, Guardini atau lebih dikenali sebagai 'Mr Langkawi', memenangi lima peringkat perlumbaan pada 2011, 2012 (enam), 2013 (satu), 2014 (dua), masing-masing empat kemenangan pada 2015 dan 2016, di samping peringkat pertama LTdL 2018 pada Ahad lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 25 2018
Pelumba dari pasukan Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Saleh menangis kegembiraan selepas Artem Ovechkin memenangi peringkat terakhir siri LTdL dari Rembau ke Dataran Merdeka hari ini. --fotoBERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pelumba TSG, Ovechkin rangkul Jersi Kuning LTdL 2018
Ovechkin yang mewakili Pasukan Berbasikal Terengganu (TSG), merangkul jersi berkenaan walaupun menamatkan saingan di tempat ke-37 daripada 104 pelumba pada saingan peringkat akhir LTdL 2018 hari ini.