BRASILIA: Legenda bola sepak dunia, Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento dilahirkan pada tahun 1940 di Tres Coraçoes.
Kawasan ini merupakan sebuah daerah pedalaman kira-kira 155 batu barat laut Rio de Janeiro sebelum Pele berpindah ke bandar Bauru di Sao Paulo bersama keluarga.
Sejak kecil, panggilan Pele menjadi pertanyaan, namun, asal-usul panggilan itu masih tidak jelas walaupun dalam kalangan pemain bola sepak.
Mendiang Pele pernah menulis dalam akhbar The Guardian bahawa panggilan Pele bermula apabila rakan sekelas sekolah mengusiknya kerana merosakkan nama panggilan rakannya, Bile dan nama Pele kekal sehingga kini.
Di zaman kanak-kanak, Pele selesa bermain dengan berkaki ayam, stokin dan kain buruk yang digulung menjadi bola, permulaan yang sederhana namun berkembang menjadi kerjaya yang membuatkan namanya disebut di seluruh dunia.
Ketika mula menyertai sukan bola sepak, cita-cita Pele jelas sangat ‘sederhana’.
“Ayah saya seorang pemain bola sepak yang bagus, dia menjaringkan banyak gol. Namanya ialah Dondinho. Saya mahu menjadi seperti dia.
“Dia terkenal di Brazil, di Minas Gerais. Dia adalah contoh terbaik saya. Saya sentiasa mahu menjadi seperti dia, tetapi apa yang berlaku, sehingga hari ini, hanya Tuhan yang boleh menjelaskannya,” katanya dalam satu wawancara dengan agensi berita antarabangsa, CNN pada 2015.
Kehidupan remajanya bermula selepas meninggalkan rumah dan mula berlatih bersama Santos seterusnya menjaringkan gol pertama untuk pasukan kelab itu sebelum ulang tahun Pele ke-16.
Pele berjaya menjaringkan 619 gol daripada 638 perlawanan untuk kelab itu namun pencapaiannya dalam jersi kuning ikonik Brazil terus kekal diingati sehingga kini.
Peminat dunia bola sepak terpesona apabila pertama kali melihat kehebatan Pele pada tahun 1958 yang membuat penampilan sulung Piala Dunia pada usia 17 tahun.
Pele menjaringkan gol tunggal Brazil dalam perlawanan suku akhir negara menentang Wales, kemudian menjaringkan hatrik pada separuh akhir menentang Perancis dan dua gol perlawanan akhir menentang tuan rumah Sweden.
Dengan keperibadiannya yang besar dan kemahiran menggelecek bola yang luar biasa, Pele membantu Cosmos memenangi kejuaraan Liga Bola Sepak Amerika Utara pada tahun 1977 sebelum secara rasmi bersara daripada arena bola sepak.
Karier pemain bola sepak dunia menampilkan nama-nama besar seperti Giorgio Chinaglia dan Franz Beckenbauer dilaporkan tidak bertahan yang berakhir pada 1984.
Namun begitu, nama Pele terus gah di mata dunia.
Pele terus relevan di hati peminat seluruh dunia terutama selepas dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara memperjuangkan golongan miskin di Brazil.
Beliau pernah berkhidmat sebagai duta UNICEF Muhibah selama bertahun-tahun, mempromosikan keamanan dan sokongan untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.
Pada September 2021, Pele menjalani pembedahan untuk membuang tumor dari kolon kanannya.
Hospital Albert Einstein di Sao Paulo yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata kematiannya disebabkan oleh "kegagalan berbilang organ," selepas lama berjuang dengan kanser.
Agensi
Fri Dec 30 2022

Pele selesa bermain dengan berkaki ayam, stokin dan kain buruk yang digulung menjadi bola, permulaan yang sederhana namun berkembang menjadi kerjaya yang membuatkan namanya disebut di seluruh dunia. - Gambar stadiumastro

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

EURO 2024: Yamal pecah rekod Pele
LAMINE Yamal boleh dinobatkan menjadi pemain termuda beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan utama memecahkan rekod yang dipegang oleh legenda bola sepak Brazil, Pele.

EURO 2024: Lamine Yamal penuhi impian diri sendiri, ibu
"Saya tidak tahu sama ada saya ikon atau tidak. Itu tidak benar-benar membantu apa-apa di atas padang. Saya perlu membantu pasukan saya."

Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.

Neymar pintas rekod jaringan Pele
NEYMAR memecahkan rekod Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil selepas meledak dua gol dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada awal pagi Sabtu.

Endrick enggan dibayangi Pele
Hakikatnya, tiada siapa yang mampu menggantikan Pele, dia adalah raja bola sepak.

'Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia
Pemain kebangsaan Portugal itu masih belum membuat penampilan sulung kerana penggantungan domestik yang dilakukan sejak di United.

Pele disemadi di Santos
Pele akan dikebumikan di bandar tempatnya membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.

Buku takziah digital raja bola sepak Brazil Pele kini tersedia untuk rakyat Malaysia
Buku ucapan takziah digital kini disediakan untuk peminat bola sepak Malaysia memberikan penghormatan kepada mendiang legenda bola sepak Brazil Pele

Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.

Penghormatan terakhir Pele di Stadium Vila Belmiro
Jasad Pele atau nama sebenar Edson Arantes do Nascimento ditempatkan di stadium itu dua hari sebelum dikebumikan di Santos pada Rabu.