KUALA LUMPUR: Isu membabitkan bekas atlet renang paralimpik negara, Koh Lee Peng yang tular di media sosial baru-baru ini kerana menjual barangan secara kecil-kecilan seperti tisu dan pelitup muka di sekitar Bukit Bintang adalah lebih menjurus kepada pilihan peribadi atlet itu sendiri.
Menjelaskan lanjut perkara itu, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin, tidak timbul sebenarnya sebarang isu pengabaian memandangkan atlet itu sudahpun menikmati apa yang sepatutnya menjadi hak ketika bergelar atlet paralimpik negara.
“Ini sebenarnya pilihan dia. Untuk makluman, (dalam rekod) Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), atlet Koh Lee Peng bernombor ahli YAKEB ke-1,000 Sukan Renang Paralimpik. Dia dalam program kita dari tahun 2001 hingga 2005.
“Dalam program itu, dia sudah dapat apa yang dia perlu seperti elaun, asrama dan sebagainya. Dia menang tujuh pingat emas dari Sukan Paralimpik Asia dan bukannya Olimpik. Ada imbuhan yang telahpun diberi.
"Daripada 2019 juga, YAKEB telahpun memberi sumbangan kepadanya sebanyak sembilan sumbangan," jelasnya kepada Astro AWANI.
Sumbangan tersebut, menurut Megat D. Shahriman, merangkumi RM500 pada 13 Oktober 2019. Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 daripada sumbangan amal golf pada 2019.
Lee Peng juga menerima bantuan COVID-19 pada 2020, bantuan pembaikan motosikal (RM500) dan beberapa program lain untuk membantunya bagi meningkatkan tahap kehidupan.
Justeru pihak MPM berharap orang ramai tidak terlalu emosi serta tidak ada pihak yang cuba bermain sentimen dalam isu itu sedangkan kerajaan bersama-sama entiti sukan negara yang lain sentiasa cuba sedaya upaya memastikan semua atlet negara terbela dan dibantu.
“Saya sebagai Presiden MPM sangat menghormati pilihan yang dibuat dan usaha kehidupan yang dia lakukan. Saya sentiasa menyokongnya sekalipun menjual tisu atau apa-apa sahaja," jelasnya.
Malah katanya lagi, setiap atlet juga harus mempunyai perancangan kewangan yang baik ketika memiliki atau diberikan segala imbuhan untuk memastikan kelangsungan hidup yang lebih selesa.
Urusan itu katanya, sudah tentunya ditentukan menerusi kebijaksanaan atlet itu sendiri memandangkan pihak kerajaan atau badan induk sukan sudahpun memberikan apa yang menjadi hak mereka.
Beberapa hari lalu tular isu membabitkan atlet paralimpik negara Koh Lee Peng yang pernah memenangi tujuh pingat emas tetapi ditemui menjual tisu di sekitar Bukit Bintang di ibu negara.
Ia menimbulkan pelbagai komen dan tomahan terhadap badan sukan terutamanya membabitkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang kononnya tidak membela nasib atlet terbabit.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Jan 19 2022

MPM juga berharap tidak ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dalam isu membabitkan Lee Peng. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Pelbagai insentif dan bantuan telahpun diterima Lee Peng, usah bermain sentimen - MPM
Datuk Seri Megat D. Shahriman Datuk Zaharuddin berkata, atlet itu sudahpun menikmati apa yang sepatutnya menjadi hak ketika bergelar atlet.