Pierre Antoine Morvan dari pasukan Vannes Angglo Sailing Team dan Taylor Canfield (US One) melakar kejutan, mendahului sesi kelayakan Siri Jelajah Dunia Alpari (AWMRT) yang berlangsung di Pulau Duyong, Selasa.
Bagaimanapun, ketiadaan angin semasa perlumbaan menyaksikan hanya dua daripada empat 'flight' sempat dilangsungkan pada sesi kelayakan hari pertama itu.
Morvan dari Perancis dan Canfield dari Virgin Islands, Amerika Syarikat masing-masing mengumpul dua mata penalti untuk berkongsi kedudukan selaku pendahulu carta.
Pada saingan hari ini, Morvan mengalahkan Berntsson dan pendahulu keseluruhan carta siri AWMRT, Bjorn Hansen (Mekonomen Sailing Team) manakala Canfield selaku pendatang baharu pula menewaskan wakil tunggal negara, Jeremy Koo (KFC Malaysia/KRT) dan David Gilmore (Team Gilmore).
Manakala bekas juara dunia empat kali, Datuk Peter Gilmour (YANMAR Racing), Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team), Adam Minoprio (Alpari Racing Team) serta pelayar slot 'wildcard' Asia, David Gilmore pula berkongsi satu mata.
Bernama
Tue Dec 04 2012
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pelayar Perancis ungguli sesi kelayakan Piala Monsun
Bagaimanapun ketiadaan angin semasa perlumbaan menyaksikan hanya dua daripada empat 'flight' sempat dilangsungkan pada sesi kelayakan hari pertama itu.